28 December 2012
Si Kecil itu Si Tua..
Sudah lama aku tidak singgah ke Pasar Malam Sri Muda Seksyen 25.
Aku membawa Wan Ainul puteri kecil ku berumur 2 tahun.
Aku cuba membentuk rebung baru agar bila jadi dia jadi besar...dan jadi buluh serumpun
Dia jadi buluh yang baik...ruas yang seragam panjang...cantik..yang lurus berakar tunjang.
Hujan lebat sudah reda tapi masih rintik membasah ruang
Bau basah...menusuk segar kalah penyegar AmbiPur.
Si Sepet Jr berpimpin tangan romantik dengan ku
Kami meniti baris umat yang menikmati suasana
Nasik Ayam ada..laksam ada...roti John pula terlentang menunggu di beli.
Tapi aku tahu itu bukan roti John Travolta..Saturday Night Fever.
Dari jauh aku melihat satu tubuh kecil duduk di tengah laluan
Aku seolah kenal tubuh kecil itu
Adakah aku salah...
Adakah mata aku cuba selingkuh curang
Itu Husin orang kampung ku
Mengapa jauh sekali kamu merantau
Mengapa kamu duduk di tengah laluan membentang kotak tisu jualan
Husin seorang OKU yang ku kenal dari kampung ku
Husin sudah berumur jangkaan ku sudah 50an
Tetapi badannya setinggi pinggang ku
Seolah Si Kerdil dari fairy tales Snow White and The Seven Dwarfs
Aku dari jauh memandang
Si Husin bukan lagi muda
Si Husin Si Kecil berwajah tua..berkedut usang
Si Husin Si Kecil berwajah lesu meniti usia
Dulu ketika aku kecil..aku yang nakal selalu mengejek
Husin pendek...!!!! Husin pendek..!!!
Seolah ejekan pada Sarjan Hassan....Hassan Penakut..Hassan Penakut
Aku jadi malu
Aku malu kerana teringat kisah nakal ku mengejek Husin
Aku jadi pilu
Aku pilu mengenangkan nasib Husin
Husin yang aku kenal seorang anak yang ditinggal ibubapa
Keluarga yang berpecah menghala sendiri
Husin tinggal bersama datuk dan nenek tua
Membesar sebagai OKU yang bertubuh kecil
Datuk dan Nenek tua sekarang sudah tiada..kembali kepada Pencipta.
Rumah buruk Husin tinggal di kampung sudah diroboh bertukar menjadi jalan
Rupanya nasib Husin di sini..di seksyen 25.
Si Sepet Jr...aku hulurkan not berwarna merah
Aku pimpin tangan Wan Ainul dan aku ajar sukatan pelajaran bab-2
Kepadanya aku ajar jangan takut kepada Si Cacat kudung anggota
Kepadanya aku ajar jangan takut kepada Si Cacat buta bermain muzik
Kepadanya aku ajar jangan takut kepada SI Husin Kerdil
Wan Ainul memandang Husin pelik.....not merah dimasuk ke dalam kotak
Husin cuma tersenyum gembira
Kerana aku tahu di dalam hati tua Husin sudah penat menghadap cabaran demi sesuap nasi
Teringat pesan Pengarah Urusan kepada ku semalam petang
"Wan.....we give not to get...but we give because we received"
Salam.............
24 December 2012
Segenggam Peso....!!!
Dalam tempoh perjalanan kerjaya ku...banyak negara sudah ku jejaki.
Dari timur hingga ke barat.
Tetapi satu pengalaman yang masih segar dalam ingatan ku semasa ditugaskan di Cebu Philippines selama sebulan.
Negara yang aku fikir rakyatnya hidup dalam kesempitan.
Tapi orang-orangnya peramah.
Aku di tempatkan disebuah hotel dan disediakan pemandu untuk ku berulang alik dari hotel ke tempat kerja. Tapi aku memilih untuk berjalan kaki dalam jarak cuma 2 km.
Aku ingin kenal dan melihat aktiviti dan budaya orang tempatan.
Tiada perasaan takut walaupun..setiap kedai runcit pasti ada guard berpistol.
Bahaya rompakan.
Bila aku berjalan kaki..aku akan melepasi satu shopping kompleks untuk ke office.
Dan yang pasti setiap kali aku berjalan pulang aku disapa seorang budak kecil lelaki yang berumur fikir ku lingkungan 5 tahun.
Meminta aku memberikan sumbangan....
Yang pasti juga....aku akan membelikan dia satay ikan yang dijual di tepi jalan.
Satu untuk aku..dan satu untuk dia.
Begitulah rutin harian ku..sehingga tempoh khidmat ku di Philippines tamat.
Dan hari terakhir aku melalui jalan yang sama..untuk balik ke hotel.
Dan rutin yang sama aku berjumpa si budak kecil menghulur tangan memohon belas kasihan. Tapi hari itu...hari terakhir ku di sana....aku menghampiri Si Kecil tak berbaju.
Kali ini bukan satay ikan ku beri kepadanya.
Ku menyuruhnya...menadah kedua tapak tangan...lalu ku serahkan semua syiling peso ku kepadanya yang selama ini aku kumpul.
Aku tak pasti nilainya berapa...tapi yang pasti aku dapat melihat wajah gembiranya.. melompat riang...dan berlalu pergi dalam kekecohan orang yang lalu lalang.
Kisah ini..membuat aku tersentak teringat betapa bersyukurnya aku dan tanahair ku.
Segenggam syiling peso mungkin cuma sebesar nilai 2 ringgit.
Tapi kegembiraan yang aku kumpulkan dan aku serahkan kepada Si Kecil cukup bernilai.......
Salam Cebu......"na may pag-ibig...."

Andai Dapat Ku Undurkan Masa
Jumaat lepas sempat aku menjenguk ke Account Department.
Aku ditegur oleh Si Ija....selaku akaun clerk yang bermulut ala bom nuklear
"Encik....ada orang nak minta autograf...nak sigggnnnn !!!! pekiknya
"Hah sign apa....? soal ku dengan tak faham.
"Alah...staff baru ni...dia dengar rakaman Encik karaoke malam dinner itu hari.... Lagu Andai Dapat Ku Undurkan Masa...dia nak kenal siapa punya suara.." coletehnya lagi.
Hmm..itulah Ija....mulutnya bising dan suka bergurau senda.
Aku dah jadi macam penyanyi jemputan syarikat.
Managing Director pula suka dengar aku bawakan lagu Bila Cinta Di Dusta dan Andai Dapat Ku Undurkan Masa.
Tahun 2013 sudah menghampiri membawa pelbagai harapan dan impian untuk setiap orang. Kalau tak besar...cukuplah sekecil kuman.
Lembaran baru diharapkan putih seperti Laksam yang menanti dituangkan kuah dan ulaman.
Satu mukasurat baru dalam Book of Life..aku...mukasurat 36.
Teringat kata-kata Scarlett Johansson sebagai Black Widow dalam Avengers.
“I’ve got red on my ledger; I’d like to wipe it clean.”
"Can you wipe out that much red..." balas Loki
Aku suka skrip tulisan Joss Whedon itu satu jawapan ringkas tapi maksudnya mendalam.
Perjalanan hidup kita penuh dengan kesilapan dan ketidaksempurnaan.
Memang kalau boleh "Andai Dapat Ku Undurkan Masa" untuk memperbaiki segala yang karat...menambah gula di dalam pahit kelat..biar kopi hitam menjadi sedap.
Kerana itu sifat kita manusia...selalu KHILAF.
Kita bersifat lemah dari lahirnya kita.
Seperti kita pertama kali belajar mengayuh basikal...ada kita terjatuh longkang..ada kita terlanggar pokok dan aku juga pernah terjatuh sampai patah tangan kanan.
Tapi itu semua adalah perjalanan hidup yang kita kena tempuh.
Kena perlu menempuh kegagalan..menempuh kesilapan demi kesilapan
Kerana itulah yang membuatkan kita semakin tabah...dan semakin matang.
Kalau aku diberi pilihan oleh Michael J-Fox untuk aku menumpang "Back to Future"
Aku akan menolak dgn tenang, aku nak naik bas no. 46 ke Tumpat melalui Palekbang, bas SKMK
(Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan)
Aku akan jawab kepadanya...
"Sorry Fox...walaupun kenangan silam ku banyak yang pahit...banyak yang sedih...dan mukasurat 25-30 ku banyak contengan merah yang terpalit..aku tak akan balik ke belakang..
Kerana bagi ku.....itulah kehidupan.
Kerana bagi ku.....yang lepas jangan dikenang
Kerana bagi ku.....yang buruk..yang merah..yang.kelat aku jadikan sempadan
Kerana bagi ku.....apa yang aku ada sekarang titik tolak dari kehidupan dan ujian silam
Kerana bagi ku.....kalau aku betulkan yang lepas...tentu yang aku ada sekarang juga berubah
Aku bukan lagi budak Disleksia
Aku bukan lagi budak yang dibangga Arwah Cikgu Mat Salleh
Aku bukan lagi Abah kepada Wan Aidil dan Si Sepet Jr.
Dan mungkin juga tak dapat menulis hari ini...kerana aku tiada kisah dan pengalaman hendak dikongsi.
Salam.....
Novel Ku.... Aku Disleksia
Aku menulis di sini kerana aku rasa senang
Aku menulis di sini kerana aku mengisi masa yang terluang
Aku menulis di sini kerana aku ingin berkongsi kisah berkongsi pengalaman.
Aku bukan seorang penulis pun....aku asalnya seorang budak Disleksia mengikut istilah
penguruan sekarang. Dulu golongan seperti aku dipanggil pelajar lembam.
Tidak membaca dengan baik dan lemah dalam pelajaran
Aku bersekolah tadika Cina kononnya bapa aku ingin mudah bergaul dengan
bangsa Cina untuk berjaya dalam perniagaan dan kerjaya.
Yang pasti bapa ku boleh berbahasa Cina.
Setahun aku di tadika Cina di Jalan Gajah Mati, Kota Bharu
Ibu tiri menunggu ku daripada pagi sehingga tamat sesi sekolah ku.
Ibarat dialah guru..dialah jaga sekolah..dialah pemandu ku. All in one....multitask mother.
Berbalik kepada Novel...aku bukan penulis..tiada pengetahuan dalam bahasa...
Ini cuma kisah seorang budak disleksi...dalam menempuh perjalanan dan liku untuk berjaya dalam kehidupan dan kerjaya....dan mungkin juga cinta.
Mana mungkin aku mampu menulis sebuah novel seperti yang disuarakan rakan-rakan.
Aku berlatar belakang kejuruteraan dan automotive..hehe...bukan sastera.
Aku bukan peminat novel tapi pernah memiliki novel pertama karangan Khadijah_Hashim yang diterjemahkan ke bahasa English oleh Mahani Abdul Hamid pada tahun 1991.
Aku baca pun tak habis.
Aku cuma mempunyai collection buku-buku mengenai management, leadership dan biography tokoh perniagaan yang berjaya seperti Steve Jobs by Walter Isaacson.
Novel kedua dan ketiga yang ku beli ialah Ayat-Ayat Cinta dan Bila Cinta Bertasbih, novel karangan Habiburrahman El Shirazy untuk Cinta Gadis Thallassemia ku.
Itu sahaja.
It's always the journey
"Everyone has a story.."..aku memetik kata-kata seorang rakan.
Betul katanya...setiap orang mempunyai cerita dan kisah tersendiri....ibarat Qarin kejadian.
Qarin hidup aku ada di kiri dan kanan..yang membentuk kembaran diri aku sendiri.
Daripada kita lahir sehingga nafas saat ini...itulah perjalanan hidup kita yang tertulis.
Dan apa yang aku lalui biarlah jadi paparan yang aku buat disalin pendua untuk tatapan rakan-rakan.
"It's always the journey..not the destination to paving our way of life"....pesan ku.
Salam...
Kata Pepatah Cina...
"Do not protect yourself by a fence, but rather by your friends"
Aku mulakan blog aku hari ini...walaupun sedikit kaku tapi apa yang aku ingin ketengahkan dalam tulisan aku cuma hanyalah perkongsian pengalaman dan kata-kata yang mungkin boleh menjadi rujukan kepada rakan-rakan. Boleh jadi buku 555, boleh jadi yellow pages ataupun Hikayat 1001 malam.
Salam..........

Subscribe to:
Posts (Atom)