24 December 2012

Andai Dapat Ku Undurkan Masa


Jumaat lepas sempat aku menjenguk ke Account Department.
Aku ditegur oleh Si Ija....selaku akaun clerk yang bermulut ala bom nuklear

"Encik....ada orang nak minta autograf...nak sigggnnnn !!!! pekiknya
"Hah sign apa....? soal ku dengan tak faham.
"Alah...staff baru ni...dia dengar rakaman Encik karaoke malam dinner itu hari.... Lagu Andai Dapat Ku Undurkan Masa...dia nak kenal siapa punya suara.." coletehnya lagi.

Hmm..itulah Ija....mulutnya bising dan suka bergurau senda.
Aku dah jadi macam penyanyi jemputan syarikat.
Managing Director pula suka dengar aku bawakan lagu Bila Cinta Di Dusta dan Andai Dapat Ku Undurkan Masa.

Tahun 2013 sudah menghampiri membawa pelbagai harapan dan impian untuk setiap orang. Kalau tak besar...cukuplah sekecil kuman.
Lembaran baru diharapkan putih seperti Laksam yang menanti dituangkan kuah dan ulaman.
Satu mukasurat baru dalam Book of Life..aku...mukasurat 36.

Teringat kata-kata Scarlett Johansson sebagai Black Widow dalam Avengers.

“I’ve got red on my ledger; I’d like to wipe it clean.”
"Can you wipe out that much red..." balas Loki

Aku suka skrip tulisan Joss Whedon itu satu jawapan ringkas tapi maksudnya mendalam.

Perjalanan hidup kita penuh dengan kesilapan dan ketidaksempurnaan.
Memang kalau boleh "Andai Dapat Ku Undurkan Masa" untuk memperbaiki segala yang karat...menambah gula di dalam pahit kelat..biar kopi hitam menjadi sedap.
Kerana itu sifat kita manusia...selalu KHILAF.
Kita bersifat lemah dari lahirnya kita.
Seperti kita pertama kali belajar mengayuh basikal...ada kita terjatuh longkang..ada kita terlanggar pokok dan aku juga pernah terjatuh sampai patah tangan kanan.
Tapi itu semua adalah perjalanan hidup yang kita kena tempuh.
Kena perlu menempuh kegagalan..menempuh kesilapan demi kesilapan
Kerana itulah yang membuatkan kita semakin tabah...dan semakin matang.

Kalau aku diberi pilihan oleh Michael J-Fox untuk aku menumpang "Back to Future"
Aku akan menolak dgn tenang, aku nak naik bas no. 46 ke Tumpat melalui Palekbang, bas SKMK
(Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan)
 Aku akan jawab kepadanya...

"Sorry Fox...walaupun kenangan silam ku banyak yang pahit...banyak yang sedih...dan mukasurat 25-30 ku banyak contengan merah yang terpalit..aku tak akan balik ke belakang..

Kerana bagi ku.....itulah kehidupan.
Kerana bagi ku.....yang lepas jangan dikenang
Kerana bagi ku.....yang buruk..yang merah..yang.kelat aku jadikan sempadan
Kerana bagi ku.....apa yang aku ada sekarang titik tolak dari kehidupan dan ujian silam
Kerana bagi ku.....kalau aku betulkan yang lepas...tentu yang aku ada sekarang juga berubah

Aku bukan lagi budak Disleksia
Aku bukan lagi budak yang dibangga Arwah Cikgu Mat Salleh
Aku bukan lagi Abah kepada Wan Aidil dan Si Sepet Jr.
Dan mungkin juga tak dapat menulis hari ini...kerana aku tiada kisah dan pengalaman hendak dikongsi.

Salam.....

1 comment: