Dalam tempoh perjalanan kerjaya ku...banyak negara sudah ku jejaki.
Dari timur hingga ke barat.
Tetapi satu pengalaman yang masih segar dalam ingatan ku semasa
ditugaskan di Cebu Philippines selama sebulan.
Negara yang aku fikir rakyatnya hidup dalam kesempitan.
Tapi
orang-orangnya peramah.
Aku di tempatkan disebuah hotel dan disediakan pemandu untuk ku berulang
alik dari hotel ke tempat kerja. Tapi aku memilih untuk berjalan kaki
dalam jarak cuma 2 km.
Aku ingin kenal dan melihat aktiviti dan budaya
orang tempatan.
Tiada perasaan takut walaupun..setiap kedai runcit pasti
ada guard berpistol.
Bahaya rompakan.
Bila aku berjalan kaki..aku akan melepasi satu shopping kompleks untuk
ke office.
Dan yang pasti setiap kali aku berjalan pulang aku disapa
seorang budak kecil lelaki yang berumur fikir ku lingkungan 5 tahun.
Meminta aku memberikan sumbangan....
Yang pasti juga....aku akan membelikan dia satay ikan yang dijual di
tepi jalan.
Satu untuk aku..dan satu untuk dia.
Begitulah rutin harian ku..sehingga tempoh khidmat ku di Philippines
tamat.
Dan hari terakhir aku melalui jalan yang sama..untuk balik ke hotel.
Dan rutin yang sama aku berjumpa si budak kecil menghulur tangan memohon
belas kasihan.
Tapi hari itu...hari terakhir ku di sana....aku menghampiri Si Kecil tak
berbaju.
Kali ini bukan satay ikan ku beri kepadanya.
Ku menyuruhnya...menadah kedua tapak tangan...lalu ku serahkan semua
syiling peso ku kepadanya yang selama ini aku kumpul.
Aku tak pasti
nilainya berapa...tapi yang pasti aku dapat melihat wajah gembiranya..
melompat riang...dan berlalu pergi dalam kekecohan orang yang lalu
lalang.
Kisah ini..membuat aku tersentak teringat betapa bersyukurnya aku dan
tanahair ku.
Segenggam syiling peso mungkin cuma sebesar nilai 2 ringgit.
Tapi kegembiraan yang aku kumpulkan dan aku serahkan kepada Si Kecil
cukup bernilai.......
Salam Cebu......"na may pag-ibig...."
impian ku ingin menjelajah dunia..mungkinkah itu menjadi kenyataan??....
ReplyDeleteinsyaAllah...everyone can fly
Delete