16 August 2014

Pelangi Petang....


Dah lama tidak menulis....lama juga aku keras mengharungi ujian dariNya.
Hari ni 16hb August 2014, satu tarikh yang amat bermakna buat aku. Kalau dulu pada 16hb August 2006 aku mulakan tugas sebagai Penolong Pengurus di syarikat Industrial Quality Management Sdn Bhd (IQMSB) saat berpindah daripada Exas(M) Sdn Bhd, Melaka tapi hari ini...genap 8 tahun aku bersama IQMSB...dan juga tarikh aku tekad meninggalkan syarikat ini.

Dari dalam Hospital Salam, aku masih menunggu keputusan Medical Check Up aku bagi memenuhi permintaan syarikat baru di bawah DRB Group. Di luar hujan lebat...seolah memahami kedinginan dalam hati aku. Mungkin selepas hujan akan ada pelangi petang...InsyaAllah.

Wan....you are the best Purchaser company ever had...teringat kata Pengarah Urusan kepada ku sebelum ini.
Malah teringat tulisan dalam Appraisal Tahunan aku...
"Kepercayaan amat susah dibina dan sangat mahal....maka jagalah.."

Aku jadi orang kepercayaan majikan ku. Ke mana sahaja...pasti aku bersamanya...seperti Tuan Penasihat 15% Si Misai Kontot daripada filem 3 Abdul.
Aku menjaga amanahnya..dengan penuh rasa tanggungjawab dan rasa ikhlas tanpa mengharapkan balasan.

Tahun 2014...mengubah segalanya. Ibarat Tsunami datang mengubah seluruh yang ada.
.." Wan...are you took money from this maker....I remind you..I will transfer you to other branch..." jerit Pengarah Urusan ku.
Aku dengan tenang menjawab..."No I don't and I got discount RM320,000.00 for company...and I never did.."

Aku dicaci dan dihina sebegitu....hilang semua rasa hormat aku padanya. Sangat mudah dia menuduh sebegitu...
Aku ibarat pokok getah arwah atuk aku..
Kena toreh setiap hari....luka tiada ruang untuk sembuh.
Ada sahaja tuduhan baru kepada aku tanpa bukti dan usul periksa....
.."Beta mahu Laksamana Hang Tuah itu dihukum bunuh wahai Bendahara.."

Aku diturunkan pangkat daripada Pengurus Procurement kepada Timbalan Pengurus. Kenaikan gaji aku ditahan.
Menitik air mata aku bila membaca surat penurunan pangkat dengan tuduhan yang tidak benar...basah surat itu dengan titisan kecewa.

Aku kecewa selepas apa yang ku korbankan kepada syarikat...terbasuh oleh fitnah dan hasad dengki.

Aku bukan tak setia...tapi aku terpaksa.
Aku menyerahkan surat perletakkan jawatan kepada HR Manager.

..."susunlah dan bariskanlah semua supplier dan kontraktor....tanyalah mereka adakah pernah siapa pernah memberikan aku sekurangnya seringgit sebagai hadiah ataupun rasuah...pasti tiada..kerana aku tak pernah..."
Dengan amanah meluluskan pembelian bernilai RM90 juta setahun...tidak pernah terlintas untuk aku mengambil kesempatan ke atas diriku....tapi mengapa sejauh itu orang lain fikirkan aku curang dan tidak jujur....tiada bukti...tiada kunci kira kira.
Cuma serkap lubang...bukan serkap jarang.

Hujan semakin reda....syukur ada Pelangi Petang.
31hb Aug 2014...bukanlah sekadar Hari Kemerdekaan ia juga hari terakhir aku bersama IQMSB.
Aku akan bersama DRB sebagai Plant Manager....pelangi muncul jua.





17 September 2013

Malam Yang Kosong di Ningbo

Layan lagu Hentian Ini, XPDC...teringat perjalanan yang aku sendiri tempuh. 
Malam tadi aku berjalan seorang di tengah Bandar Ningbo...berhenti di tepi jalan memandang sepintas yang lalu. 

Melihat seorang tua bermain Pipa dengar lagu Cina....cuba menemani aku barangkali. 
Buat aku mengenang melangkau lebih jauh dari Ningbo...entah sudah sampai ke Tianjin. Berfikir jauh....betapa aku jauh di negara orang..seorang diri. 
Berfikir jauh...betapa besar dunia ini...dan aku terasing seorang di bumi yang berbeza daripada segala segi. 

Seolah...aku berjalan dalam ribuan manusia tanpa seorang sedar kewujudan aku di situ...terasa kosong dan sendiri. Aku melupakan semua kehendak diri sendiri....kerana ingin memberi yang terbaik untuk orang lain. Orang yang aku sayang..dan orang yang aku hormat. Kekadang hati mana tak terusik....aku cuba menerima semua itu....bahawa masih ada kekosongan dalam hidup yang ingin aku penuhi....entahlah. 
Mungkin bukan itu yang terbaik untuk aku. Biarlah ia kosong. Hmm..sekadar melepaskan apa yang bermain di fikiran. 

Studio apartment cukup selesa untuk aku habiskan malam, aku sebelum ke Shenzhen esok pagi. 

Salam...