08 February 2013

Kunci Kira Kira Hidup


Dah lama aku tak semak akaun sewaan untuk kedua-dua rumah ku. Tak sempat.
Berapa debit dan berapa yang kredit. Bila aku semak aku dapati ada short sebanyak RM300.
Kenapa yer?

"Maaf Encik....kami ingatkan Encik bagi diskaun sewaan selama setahun.." jelas penyewa apartment ku di Melaka, sekumpulan pelajar perempuan daripada UTEM.

Pertengahan tahun lepas, mereka memohon diskaun sewaan dan aku setuju memberi diskaun sebanyak RM100 sehingga November 2012. Hm..nampaknya ada salah faham.

"Encik..kami tiada duit nak gantikan RM300 dalam kadar segera...kalau macam tu Encik tolak sajalah deposit kami yer.."..rayu penyewa tersebut.

"Yang lepas itu takpalah jangan nak dikira, saya halalkan cuma dari Februari perlu balik kepada rental asal. Bayar bila kamu dah ada duit nanti..." tawar ku kepada mereka.

Hm..walaupun aku buat kunci kira-kira tapi tak perlulah aku nak terlalu berkira seperti Ah Long. 
Aku faham selaku pelajar sumber kewangan mereka adalah terhad kerana aku dulu pun seperti
mereka. Berpuasa lapar kerana tiada wang untuk makan....sehingga terpaksa berbuka pun dengan
air paip masjid kerana aku tiada duit walaupun seringgit.

......

Aku menyemak satu persatu surat yang diterima minggu lepas. 
Hah..ada surat daripada peguam Celcom menuntut bayaran tunggakan sebanyak RM159.20 untuk bil broadband. Aku menjadi pelik kerana aku tidak pernah menggunakan nombor broadband yang tertera di dalam surat tersebut.
Aku terus ke Celcom memohon penjelasan.
Dan hasil semakan aku dapati pihak Celcom secara cuai sudah mendaftar nombor terbabit ke atas nama ku tanpa pengetahuan ku semasa aku membeli Note II untuk isteri ku baru-baru ini.

"Encik perlu buat laporan polis....pot pet..pot pet...pot pet....tapi kami tak pasti berapa lama proses
untuk selesaikan masalah ini..pot pet pot pet " jelas mudah kakitangan Celcom.

"Saya sibuk untuk ke sana ke sini Puan..dan kita pun tak pasti bila kes ini boleh selesai...jadi takpalah saya mengalah..biar sahaja saya bayar dan saya halalkan.." jelas aku cuba mencari penyelesaian terbaik dan cepat.

Sekali lagi..kunci kira-kira aku ada credit yang aku perlu masukkan untuk mengimbangi akaun yang
bermasalah. Aku fikir takpalah..mungkin bukan rezeki ku walaupun di atas kesilapan orang lain.

........

Selepas berbalas pantun 2 kerat di pejabat Celcom, aku menuju ke Hong Leong Bank pula untuk
membuat pembayaran installment untuk kedua-dua rumah sewaan ku. Aku harap tak perlulah aku
bergurindam jiwa dengan pihak bank pula.



"Encik....akaun rumah Encik untuk rujukan akaun bla..bla..bla..Encik sudah terlebih bayar selama
7 bulan...Encik bolehlah hold the payment dulu..." terang pekerja bank di kaunter

"Kenapa saya boleh terlebih bayar pula...? " soal ku pula

"Oh Encik....tahun lepas 2012, pihak kami secara cuai sudah meletakkan BLR yang salah semasa
Encik refinance rumah tersebut..sepatutnya bayaran installment cuma RM1,035 tapi Encik dikenakan pula RM1,700. So Encik sudah bayar lebih. Tapi tahun 2013 kami sudah betulkan"

Oo..patutlah tahun lepas setiap kali aku nak bayar, pihak bank cakap tak cukup..kena bayar RM1,700 tapi rupanya korang salah kira. Aku pula malas nak tanya kenapa...dan malas nak check agreement. Rumah ini pula sekarang disewa oleh satu keluarga dari Yaman dengan bayaran advance selama 6 bulan. Sewaan yang menguntungkan...hehe.

.........

Itulah kunci kira-kira dalam kehidupan kita. Kekadang ada untung..kekadang ada rugi bila kita
membuat akaun untung rugi. Ada juga akaun kita tak seimbang berpunca salah pada debit dan kredit.
Tapi apa yang penting..dalam membuat kunci kira-kira janganlah pula kita terlalu berkira.
Bukan pada nilai sedikit ataupun banyak...tetapi penilaian pada diri dan hati apa yang patut kita
ambil dalam membuat keseimbangan.

Aku selalu yakin dan sentiasa belajar untuk menerima discrepancy dalam akaun hidup kita kerana dari situ aku dapat belajar untuk hormat kepada setiap kejadian yang punyai alasan tersendiri.
Dan perlulah yakin yang Tuhan itu Maha Adil...sedikit kita tak berkira....Tuhan juga tidak akan berkira
dengan kita...malah imbuhan yang aku tidak sangka seperti kisah di Hong Leong bank....

Di situ debit...di sini kredit....tapi bukan AEON Credit...

Salam...





05 February 2013

Nati Dok Nati - Rosalinda


Sedey nyo hati sebok nyo dale dado
Wat ambo cari demo tok jumpo jumpo
Sikso nyo doh jadi ambo doh gilor ko dio

Male termimpi mimpi raso po demo ado

Bangun cari cari demo ambo tok jumpo
Abe mari sini..lamo doh ambo cinto

Repeat (chorus)


Lamo dok tunggu sie jadi male
Baru ku tahu demo doh tok saye
Kalu gitu biar ambo sore
Tokleh tunggu demo doh hok ore

Nati tok chekat nati
Tunggu tok chekat tunggu
Ghuano doh jadi mano hok janji dulu

Kalu nyo saye keno berterus tere
Tulung kesiye pado ambo ni sore
Ingat masa dulu abe buat janji
Ambo tok chekat tunggu..bakpo wei nyo tok mari

Chorus



01 February 2013

Bukan Salah Bapa Mengandung


Tajuk yang mengamit senyuman senget pada wajah ku 
Bila isteri ku mengandung anak ke-3...aku sudah dapat merasakan kali ini..pasti seorang Puteri. 
Kali ini alahan mengandung bukan pada isteri ku 
Aku yang mudah merasa pening dan loya 
Selera makan aku berubah 360 darjah 

Dulu aku tak pandai masak 
Dulu aku pandai makan sahaja..jadi tukang order. 

Saat "mengandung" ...seolah aku dapat ilham ilmu masakan daripada Jamie Oliver 
Seperti pendita di gua sunyi...mendapat ilmu daripada pertapaan. 
Daripada secebis rasa..dan bau...aku dapat menganggak bahan masakan. 
Isteri aku sudah tidak ke dapur lagi 
Akulah yang memasak kari kepala ikan...siakap 3 rasa..siakap sweet sour..siakap Thai Stim. 
Nak masak daging kurma...nak masak asam..masak kicap...nak singgang..macam-macam ada.

Walaupun penat berkerja...aku berkejar balik memasak 
Anak-anak puas merasa....isteri pula macam kena loteri..tersengih tak payahlah bersusah payah. 
Bila malam tidur aku terganggu...kaki ku selalu kejang...sekali kiri sekali kanan. 
Tumit kaki pula pecah-pecah dan betis ku pula bengkak bengkak. 

Perut ku semakin membuncit kerana selera makan... 
Adus...siapa yang mengandung ni....sama naik dengan isteri ku. 

Bulan berganti bulan.....lahirlah Puteri ku...ku beri nama Wan Ainul Mardhiah. 
Matanya sepet.....!!! 
Manjanya pada ku susah nak ku ceritakan. 
Sepet Jr sudah berumur 2 tahun dan seolah belajar semasa aku "mengandungkannya" 
Sepet Jr suka membantu ku memasak bila ku kelapangan...minat agaknya. 

Salam...