17 September 2013

Malam Yang Kosong di Ningbo

Layan lagu Hentian Ini, XPDC...teringat perjalanan yang aku sendiri tempuh. 
Malam tadi aku berjalan seorang di tengah Bandar Ningbo...berhenti di tepi jalan memandang sepintas yang lalu. 

Melihat seorang tua bermain Pipa dengar lagu Cina....cuba menemani aku barangkali. 
Buat aku mengenang melangkau lebih jauh dari Ningbo...entah sudah sampai ke Tianjin. Berfikir jauh....betapa aku jauh di negara orang..seorang diri. 
Berfikir jauh...betapa besar dunia ini...dan aku terasing seorang di bumi yang berbeza daripada segala segi. 

Seolah...aku berjalan dalam ribuan manusia tanpa seorang sedar kewujudan aku di situ...terasa kosong dan sendiri. Aku melupakan semua kehendak diri sendiri....kerana ingin memberi yang terbaik untuk orang lain. Orang yang aku sayang..dan orang yang aku hormat. Kekadang hati mana tak terusik....aku cuba menerima semua itu....bahawa masih ada kekosongan dalam hidup yang ingin aku penuhi....entahlah. 
Mungkin bukan itu yang terbaik untuk aku. Biarlah ia kosong. Hmm..sekadar melepaskan apa yang bermain di fikiran. 

Studio apartment cukup selesa untuk aku habiskan malam, aku sebelum ke Shenzhen esok pagi. 

Salam...

02 September 2013

Seindah kejadian..sekeras intan..sekuat hati

Tiada yang tidak mengejar kesempurnaan...kebaikan dan kecantikan.
Hati lelaki mana tidak tertawan melihat gadis genik Korea yang putih melepak..sekilas pandang seolah mereka semua saudara kembar...serupa.
Gadis Korea taksub dan ghairah dengan kecantikan...yang senget dan sempit jadi terbaik kejadian.
Plastic surgery seperti pergi gunting rambut kat saloon...takpalah bukan itu yang ingin sangat aku katakan.

Aku ke Pizza Hut semalam bersama anak dan isteri di OU, Damansara.
Menanti datangnya pelayan menanyakan order...datang gadis muda kecil menghampiri.
Wajahnya cacat....tak sempurna..tidak secantik...Yoona dari Girl Generation.
Sebutan tidak jelas kerana kecacatannya.
Aku tidak memandang jijik..aku tidak memandang rendah dengan apa yang aku lihat.
Aku jadi sayu..dan tunduk malu kepada diri sendiri. Malu kerana aku tidak sekuat kamu wahai Si Gadis kecil.
Aku sebenarnya kagum....kagum dengan Gadis Cacat yang mampu menghadapi kekurangan diri tanpa rasa malu dan rendah diri menghadapi kehidupan yang penuh kepura-puraan....hidup yang memandang segala yang cantik dan sempurna...meminggir yang herot...yang senget..dan yang penyet..bukan ayam penyet.

Aku tahu....
Aku tahu bukan senang untuk kamu menguatkan diri untuk tampil berani
Aku tahu bukan senang untuk kamu menerima apa yang kurang...sama seperti kisah Atikah gadis buta yang aku kongsi dalam blog sebelum ini.
Aku tak sekuat kamu wahai gadis kecil....aku hormat kamu...aku kagum.
Kejadian kamu....kekurangan kamu hanya pada tubuh badan kamu...tapi hati kamu penuh dengan kesempurnaan.

Tiada yang mampu aku ucapan buat kamu...hanya aku doakan terbaik untuk kamu dariNya.


08 February 2013

Kunci Kira Kira Hidup


Dah lama aku tak semak akaun sewaan untuk kedua-dua rumah ku. Tak sempat.
Berapa debit dan berapa yang kredit. Bila aku semak aku dapati ada short sebanyak RM300.
Kenapa yer?

"Maaf Encik....kami ingatkan Encik bagi diskaun sewaan selama setahun.." jelas penyewa apartment ku di Melaka, sekumpulan pelajar perempuan daripada UTEM.

Pertengahan tahun lepas, mereka memohon diskaun sewaan dan aku setuju memberi diskaun sebanyak RM100 sehingga November 2012. Hm..nampaknya ada salah faham.

"Encik..kami tiada duit nak gantikan RM300 dalam kadar segera...kalau macam tu Encik tolak sajalah deposit kami yer.."..rayu penyewa tersebut.

"Yang lepas itu takpalah jangan nak dikira, saya halalkan cuma dari Februari perlu balik kepada rental asal. Bayar bila kamu dah ada duit nanti..." tawar ku kepada mereka.

Hm..walaupun aku buat kunci kira-kira tapi tak perlulah aku nak terlalu berkira seperti Ah Long. 
Aku faham selaku pelajar sumber kewangan mereka adalah terhad kerana aku dulu pun seperti
mereka. Berpuasa lapar kerana tiada wang untuk makan....sehingga terpaksa berbuka pun dengan
air paip masjid kerana aku tiada duit walaupun seringgit.

......

Aku menyemak satu persatu surat yang diterima minggu lepas. 
Hah..ada surat daripada peguam Celcom menuntut bayaran tunggakan sebanyak RM159.20 untuk bil broadband. Aku menjadi pelik kerana aku tidak pernah menggunakan nombor broadband yang tertera di dalam surat tersebut.
Aku terus ke Celcom memohon penjelasan.
Dan hasil semakan aku dapati pihak Celcom secara cuai sudah mendaftar nombor terbabit ke atas nama ku tanpa pengetahuan ku semasa aku membeli Note II untuk isteri ku baru-baru ini.

"Encik perlu buat laporan polis....pot pet..pot pet...pot pet....tapi kami tak pasti berapa lama proses
untuk selesaikan masalah ini..pot pet pot pet " jelas mudah kakitangan Celcom.

"Saya sibuk untuk ke sana ke sini Puan..dan kita pun tak pasti bila kes ini boleh selesai...jadi takpalah saya mengalah..biar sahaja saya bayar dan saya halalkan.." jelas aku cuba mencari penyelesaian terbaik dan cepat.

Sekali lagi..kunci kira-kira aku ada credit yang aku perlu masukkan untuk mengimbangi akaun yang
bermasalah. Aku fikir takpalah..mungkin bukan rezeki ku walaupun di atas kesilapan orang lain.

........

Selepas berbalas pantun 2 kerat di pejabat Celcom, aku menuju ke Hong Leong Bank pula untuk
membuat pembayaran installment untuk kedua-dua rumah sewaan ku. Aku harap tak perlulah aku
bergurindam jiwa dengan pihak bank pula.



"Encik....akaun rumah Encik untuk rujukan akaun bla..bla..bla..Encik sudah terlebih bayar selama
7 bulan...Encik bolehlah hold the payment dulu..." terang pekerja bank di kaunter

"Kenapa saya boleh terlebih bayar pula...? " soal ku pula

"Oh Encik....tahun lepas 2012, pihak kami secara cuai sudah meletakkan BLR yang salah semasa
Encik refinance rumah tersebut..sepatutnya bayaran installment cuma RM1,035 tapi Encik dikenakan pula RM1,700. So Encik sudah bayar lebih. Tapi tahun 2013 kami sudah betulkan"

Oo..patutlah tahun lepas setiap kali aku nak bayar, pihak bank cakap tak cukup..kena bayar RM1,700 tapi rupanya korang salah kira. Aku pula malas nak tanya kenapa...dan malas nak check agreement. Rumah ini pula sekarang disewa oleh satu keluarga dari Yaman dengan bayaran advance selama 6 bulan. Sewaan yang menguntungkan...hehe.

.........

Itulah kunci kira-kira dalam kehidupan kita. Kekadang ada untung..kekadang ada rugi bila kita
membuat akaun untung rugi. Ada juga akaun kita tak seimbang berpunca salah pada debit dan kredit.
Tapi apa yang penting..dalam membuat kunci kira-kira janganlah pula kita terlalu berkira.
Bukan pada nilai sedikit ataupun banyak...tetapi penilaian pada diri dan hati apa yang patut kita
ambil dalam membuat keseimbangan.

Aku selalu yakin dan sentiasa belajar untuk menerima discrepancy dalam akaun hidup kita kerana dari situ aku dapat belajar untuk hormat kepada setiap kejadian yang punyai alasan tersendiri.
Dan perlulah yakin yang Tuhan itu Maha Adil...sedikit kita tak berkira....Tuhan juga tidak akan berkira
dengan kita...malah imbuhan yang aku tidak sangka seperti kisah di Hong Leong bank....

Di situ debit...di sini kredit....tapi bukan AEON Credit...

Salam...





05 February 2013

Nati Dok Nati - Rosalinda


Sedey nyo hati sebok nyo dale dado
Wat ambo cari demo tok jumpo jumpo
Sikso nyo doh jadi ambo doh gilor ko dio

Male termimpi mimpi raso po demo ado

Bangun cari cari demo ambo tok jumpo
Abe mari sini..lamo doh ambo cinto

Repeat (chorus)


Lamo dok tunggu sie jadi male
Baru ku tahu demo doh tok saye
Kalu gitu biar ambo sore
Tokleh tunggu demo doh hok ore

Nati tok chekat nati
Tunggu tok chekat tunggu
Ghuano doh jadi mano hok janji dulu

Kalu nyo saye keno berterus tere
Tulung kesiye pado ambo ni sore
Ingat masa dulu abe buat janji
Ambo tok chekat tunggu..bakpo wei nyo tok mari

Chorus



01 February 2013

Bukan Salah Bapa Mengandung


Tajuk yang mengamit senyuman senget pada wajah ku 
Bila isteri ku mengandung anak ke-3...aku sudah dapat merasakan kali ini..pasti seorang Puteri. 
Kali ini alahan mengandung bukan pada isteri ku 
Aku yang mudah merasa pening dan loya 
Selera makan aku berubah 360 darjah 

Dulu aku tak pandai masak 
Dulu aku pandai makan sahaja..jadi tukang order. 

Saat "mengandung" ...seolah aku dapat ilham ilmu masakan daripada Jamie Oliver 
Seperti pendita di gua sunyi...mendapat ilmu daripada pertapaan. 
Daripada secebis rasa..dan bau...aku dapat menganggak bahan masakan. 
Isteri aku sudah tidak ke dapur lagi 
Akulah yang memasak kari kepala ikan...siakap 3 rasa..siakap sweet sour..siakap Thai Stim. 
Nak masak daging kurma...nak masak asam..masak kicap...nak singgang..macam-macam ada.

Walaupun penat berkerja...aku berkejar balik memasak 
Anak-anak puas merasa....isteri pula macam kena loteri..tersengih tak payahlah bersusah payah. 
Bila malam tidur aku terganggu...kaki ku selalu kejang...sekali kiri sekali kanan. 
Tumit kaki pula pecah-pecah dan betis ku pula bengkak bengkak. 

Perut ku semakin membuncit kerana selera makan... 
Adus...siapa yang mengandung ni....sama naik dengan isteri ku. 

Bulan berganti bulan.....lahirlah Puteri ku...ku beri nama Wan Ainul Mardhiah. 
Matanya sepet.....!!! 
Manjanya pada ku susah nak ku ceritakan. 
Sepet Jr sudah berumur 2 tahun dan seolah belajar semasa aku "mengandungkannya" 
Sepet Jr suka membantu ku memasak bila ku kelapangan...minat agaknya. 

Salam...

27 January 2013

"The son becomes the father, and the father becomes the son..."



I was a young kid..now I have a kid. 
What a short of life....just like a circle.

Si Kecil Bisu

Seingat dulu....beberapa tahun sudah...aku bercuti ke Cameron Highland.
Dari Cameron Highland..kereta ku menuruni perlahan ke Simpang Pulai.

Kali ini aku memilih laluan Simpang Pulai berbanding Tapah kerana aku fikir lebih selamat disebabkan hujan lebat. Laluan ke Simpang Pulai juga agak curam dan bengkang bengkok cuma jalannya besar.

Hujan semakin lebat, kereta ku perlahankan..permandangan semakin kabur.
Dalam hujan mencurah lebat...aku lihat beberapa kereta berhenti..Ya Allah ada kereta kemalangan...sebuah Benz telah melanggar bentuk pembahagi jalan.

Aku antara terawal...aku pantas turun melihat keadaan mungkin ada bantuan yang termampu dapat ku hulurkan. 

Pemandu kereta seorang lelaki Melayu...tersepit dan parah.
Aku melihat penumpangnya....di kiri pemandu..ada seorang anak gadis.
Di belakang ada seorang kakak bersama anak kecil perempuannya umur lingkungan 9 tahun. Masing-masing luka dan dalam keadaan terkejut dan dalam keadaan panik.
 
Aku membuka pintu belakang...membantu kakak tersebut keluar. 
Manakala anak gadisnya dikeluarkan oleh pemuda lain. 

"Anak..anak".... jeritnya.

Aku masuk ke bahagian penumpang...aku dapatkan anak kecilnya. 
Aku melihat mukanya berlumur darah...mungkin terhentak. 

Si Kecil seolah dalam kebingungan dan bertutur dengan suara yang tak jelas. 
Menangis seperti mencari ibunya.
Aku memeluknya rapat...cuba menenangkannya. Lukanya ku lap dengan baju ku. 

Sekejap selepas itu Si Kecil berjaya ku tenangkan dan dia cuba berkomunikasi dengan ku. 
Dan baru dapat ku tahu Si Kecil itu bisu. 

"Anak Istimewa"......kata hati ku. 

Aku masih memeluknya...dan keluarkannya daripada kereta. 
Mujur ada pemuda lain yang menghulurkan payung kepada Si Kecil.
Aku dapat dengar Si Kakak menjerit...mana ibu..mana adik...mana abah. 

Dalam hujan lebat..aku dan beberapa yang lain cuba mengeluarkan Si Bapa. 
Ramai sudah mengigil kesejukan....dan kami masih gagal. Bantuan ambulan akhirnya tiba......

Dengan kebasahan...aku mengundurkan diri dalam kesibukan pasukan bantuan.
Aku harap Si Kecil Bisu selamat bersama keluarganya.

Berhati-hatilah semua...sekarang dah musim hujan. 
Malam tak berbau...kentut hangpa semua bau...hehehe.

Kasut Baru

Hujan lebat diluar seolah menghalang ku pulang.Sesekali dari jauh cahaya kilat sekilas terang 


"You are not in my shoes...!!" 

Ya..kasut aku saiz 7...kamu mungkin saiz 6.
Tapi itulah kehidupan...kisah yang berbeda jadi laluan.

Dulu aku rebung...disiurkan ke kanan 
Dulu kalian juga rebung disiurkan ke kiri
Sekarang kita bukan lagi rebung..kita sudah buluh. Walaupun redup kamu di kiri...redup aku di kanan.
Tetapi kita masih satu rumpun akar yang setinggan.

Itulah pesan aku...setiap perkara ada alasan tersendiri yang perlu aku hormat. 
Aku perlu hormat pada buluh yang redup di kiri..kerana kejadiannya ada peranan tersendiri. 

Ada orang memilih NKVE ada yang memilih Federal.
Tapi bertemu di ruangan kecil yang sama, kita bertemu di Concourse Level, KLCC.
Sedang beratur di Auntie Anne....rupanya minat kita sama. Pretzels Almond...selera sama. 

Walaupun saiz kasut kita berbeda ukurannya. Walaupun redup condongnya tidak setara.

Dulu aku juga memakai saiz 3.
Dulu aku juga memakai saiz 5,
Dulu aku juga memakai saiz 6 

Setiap ukuran memberi pelbagai ujian dan pengalaman.
Pengalaman yang membentuk kita untuk memakai saiz yang paling sesuai.

Dan kali ini saiz 7 tidak akan menjadi saiz 8 lagi 
Dan kali ini saiz 6 kalian pun tidak akan menjadi saiz 7
Kerana kita bukan lagi rebun...kita sudah buluh
Kerana kita bukan sekecil budak yang membesar....kita sudah dewasa

Cuma pengalaman yang lepas boleh menjadikan kita untuk memilih kasut yang baik dengan saiz yang sama untuk kehidupan kita yang mendatang.

Cuma kasut yang baru..mungkin buatkan kaki kita melecet.
Cuma kasut yang baru..mungkin buatkan kaki kita tersepit Itu fitrah kasut baru....cubalah dulu.
Pakailah selalu...izinkan kasut baru membuka peluang baru. Mana tahu kasut baru boleh menjadi kasut ajaib...boleh menjadi Glass Shoes Cinderella.
Dulu puteri itu bersembunyi tersorok di balik dapur,,dibalik langsir.... 
Mungkin rezeki dengan kasut ajaib, Puteri terserlah indah. 

Aku harap tahun 2013, bolehlah menukar kasut 
Aku harap tahun 2013, jangan duduk di balik tembok lagi.
Aku harap tahun 2013, adalah yang Terbaik dariNya (aku menulis dengan kiasan.....tetapi nawaitu ku tegar sama) 

Salam....

Misogynist

Semalam selepas shopping di Sogo…aku membawa keluarga ke KLCC. 
Kereta aku berhenti di traffic light..menanti merah bertukar purple..hehe. 
Kedebom….kereta aku dilanggar dari belakang. Alamak….LRT ker yang langgar…kuat sangat. 
Aku bertenang….dan suruh isteri ku jangan keluar..kerana aku tahu isteri aku sedikit garang.
Nanti pisang jadi cekodok…nanti yang tenang jadi kecoh. 

Aku keluar..dengan muka senyum…memandang bumper kereta ku. 

“Aiyaa…manyak sorry…I tak sengaja…” keluh kesal Auntie Cina dengan Mercedes Benz S Class yang dipandunya. 

“Takpa….you tak sengaja….” sambut ku dengan tenang dan masih mengekal senyum dibibir…sambil melihat bumper kereta ku kemek ke dalam. 

“Kita bincang di depan yer….jangan kacau lalulintas” cadangan ku padanya. 

Beberapa meter memandu…sekali lagi bumper aku berdentum…”bum” bunyi kuat. 
Lori tanah pulak ker…yang langgar. 

Kereta ku dan Mercedes Benz berhenti di satu kawasan lapang. 
Ku melihat bumper kereta aku tadi yang kemek macam tin sardin sudah kembali ke bentuk asal.
Rupa-rupanya bunyi yang kedua..”bum” kerana bumper kereta ku menolak kembali ke bentuk asal. 
Ini kerana Bumper diperbuat oleh plastic ABS dan reinforced oleh SAPH metal…yang berfungsi mengekal bentuk bumper dalam keadaan tertentu… 

Mentang-mentang bekerja dalam bidang automotif…ulasan pun teknikal. 
Aku cakap kepada Auntie Cina..takpalah tiada kerosakkan cuma ada satu calar panjang. 
Janganlah dirisaukan dan dipanjangkan. Tak perlu ganti. 

Senyum ku lontar dan aku lambai tangan kepadanya. So…apa Misogynist…? 
Aku tiada sifat Misogynist kepada kaum wanita…woman bad driver..woman that…woman this.. 
Bagi aku sama…..mak aku juga perempuan….isteri aku juga perempuan…jadi tak perlulah Misogynist dalam menentukan siapa pemenang…siapa juara lompat kijang..siapa juara terjun longkang.

Yang penting…sabar…tenang. Setiap kejadian ada hikmah. 
Wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki....entah aku punya berapa yang kurang..satu..dua..tiga..or empat..?? 

Salam...hehehe

Chauvinist

Baru habis meeting...hmm ambil kesempatan nak berkongsi cerita dan kata-kata 
Mungkin jarang kita menggunakan perkataan ini. 
Yang merah itu traffic light…yang indah itu bahasa. 

Chauvinist satu sikap yang kuat di kalangan orang Kelate 
Satu sikap yang turut juga ada dalam diri aku...anak jati Kelate. 
Satu sikap yang kuat pada kenegerian dan secara kritis dipanggil "berpuak" pada pandangan luar.

Chauvinist orang Kelate kerana mereka bangga dan kerana mereka kuat bila bersama. 
Bangga dengan budu 
Bangga dengan bahasa pekat loghat Kelate nya.... 
Bangga dengan budaya..dan adat resam yang dijaga 
Bangga dengan rumpun and asal usul 
Bangga dengan kejayaan walaupun sekecil bijan...suka berniaga 
Bangga bila tengok bola macam nak pergi beraya…penuh stadium. 

Bila bercakap…loghat jarang ditinggal biarpun saat berbahasa Mat Salleh..oh my English 

“Mai neim…isskk Wey…aim prom Bachok Kelate…”

Bila sahaja orang Kelate bertemu sesama mereka di luar Kelate pasti di sapa. 
Dan mudah untuk membantu sesama mereka… 

“Demo asal mano boh..? Kerjo gapo ehh….? Bereh boh ambo buleh adjust ko demo….. 

Chauvinist mungkin dari satu sudut bersifat positif…but maybe dari sudut pemikiran kritis..ia keterlaluan dan negatif. 
Kebanyakkan ibubapa mengharapkan jodoh anak-anak mereka daripada orang Kelate juga. 
Seperti adik-adik ku..pasangan mereka semua daripada Kelate. 

Itu pernah menjadi masalah kepada aku dulu. 

Sebelum ini permohonan kahwin aku ditolak ibubapa aku kerana Si Dia asal daripada Perak…

Tapi akhirnya dengan bantuan Yellow Pages mukasurat 418..aku dapat mengenali isteri ku…seorang anak kacukan Melayu Cina asalnya Kelate. 
Ya..Cina tetapi asalnya Kelate…matanya sepet. 

Chauvinist Kelate…akan ku pegang..akan ku jaga. Tetapi Chauvinist bukan keterlaluan. 
Aku cuma gembira dan bangga asal usul ku…tetapi dengan 20 tahun hidup ku di negeri orang banyak membentuk diri aku…untuk mengebek di kandang kambing…mengaum di kandang harimau..takut kena makan dek harimau tinggal tulang. 

Salam…sambungan kisah Misogynist.

Life's a box of chocolates

Aku menunggu report daripada Pengurus Pengeluaran... 
Dari pagi sekarang dah petang..adus...mana report ni. Lusa dah nak bentang kat Phuket. 
Takpalah kita tunggu sampai pukul 12mlm. Tengok dia janji bulan bintang ke..dia janji taik ayam.

Aku termenung menulis seorang...staff aku Si Ain masih sibuk siapkan kerja 
Aku menulis kerana aku suka....ibarat aku bercakap di cermin. 
Ibarat aku dapat tengok riak muka aku...aku dapat dengar suara aku sendiri. 

Aku nak jadi seperti Tom Hank dalam filem Forrest Gump. Yang melalui banyak kisah...melalui peristiwa penting. Dari seorang yang lemah...lembam dia berjaya mengubah dunia. 
Salah satu kata-kata dalam filem Forrest Gump 

"Life's a box of chocolates. You never know what you're gonna get" 

Aku menulis kisah aku ibarat sebuah jurnal. 
Aku menulis kisah kenakalan ku.... 
Aku menulis kisah cinta ku.
Kisah cinta mana yang manis ku pahatkan di lantai marmar Taj Mahal biar kekal 
Kisah cinta mana yang pahit..aku tuliskan di pantai Maldives..biar jauh pandangan...biar hilang disapu lautan 
Aku menulis kisah dan pengalaman dalam aku membina kehidupan..dalam membina kekuatan. Bukan berkepentingan..cuma aku senang...mungkin sekecil bijan tapi insyaAllah boleh jadi rujukan.
Boleh jadi kitab hikayat 1001 malam...atau setidaknya sebagai "Yellow Pages" kepada rakan-rakan.

Dengan menulis...aku tak akan lupa di mana bumi aku berpijak 
Tinggi ke...rendah ker....lubang kubur tetap sama...7 kaki juga dalamnya. 

Seperti entry terdahulu..aku pernah berkata.. 

" You don't need to be Arthur Pendragon to pull out the sword from the stone..just yourself "

Ya...jadilah diri sendiri....tiada yang mustahil dalam kehidupan. 
Apa yang penting...yakin dengan diri sendiri....percaya kepada rakan-rakan yang berjaya. 
Usaha bukan melepaskan batuk di tangga..tetapi usaha biarlah di puncak dunia. 
Aku bercita-cita nak peluk dunia bukan nak peluk Adibah Nor...tak kuasa...hehe nanti lebam biji mata.
Aku bercita-cita nak ke Everest...insyaAllah...nak ke Nepal bukan lama..4 jam flight sahaja. 
Kawan aku baru balik dari Nepal...sejuk giler katanya. 

Tapi aku tiada Touch of Midas..to turn thing to a gold...aku cuma manusia biasa. Tak mampu memberi apa yang diminta. Tapi elok juga....kerana touch of Midas lebih kepada kebinasaan bukan kebaikan.
Pernah baca buku Touch of Midas oleh Ziauddin Sardar.

Hmm.....terima kasih kepada rakan-rakan yang menyokong....tak juga yang kritis. 
Edward de Bono...perkara yang ditekankan beliau dalam kaedah berfikir...kreatif dan kritis. Bacalah.......jadi simpanan dalam conscious mind...suatu masa kata-kata ku muncul semula dalam unconscious mind kalian. 

Salam.....

Si Tua Bersandar Malam

Aku mulakan pagi ku dengan solat subuh.
Aku menuju ke katil Kakak, masih tidur dengan mulut masih menyoyot puting.. 
Aku kucupi pipinya..."abah sayang kamu"....seru hati ku. 

Suka tengok dia terlompat-lompat macam little pony...dengan sebutan pelatnya "Angnam style..." Wan Aidil...masih merengkuk seperti udang harimau..sejuk pagi agaknya.
Teringat aku melihat wajahnya menerima basikal pertamanya malam tadi.
Senyum melebar....basikal BMX merah yang sudah diupgrade accessories tambahan.

Air-Con bilik aku matikan..dan kaki ku menuju ke ruangan tamu di bawah. 
Di meja makan gadis bermata sepet sudah siapkan aku sarapan ringkas. 

"Malam nanti Abah nak makan apa..? goda Gadis Bermata Sepet 

Kereta aku berhenti di traffic light Batu Tiga...tiba-tiba aku teringat malam tadi semasa aku ke ATM. 
Di depan pintu MayBank Seksyen 18, seorang wanita tua..bersandar duduk tertidur. 
Umurnya mungkin sudah 70an.....bukan mengemis tapi bersila dengan barang jualan. 
Kerepek pisang...kerepek ubi...
Jam pula sudah 9.00 malam, kelihatan jelas dia letih dan kepenatan. Jualan tak berkurang....kasihan.

Aku melihat kedutan di muka...dengan bedak sejuk tebal di pipi. 
Muka Si Tua yang bersih....tapi mengharapkan perubahan...walaupun sejengkal ayam yang mengais. 

Tak sampai hati pula aku nak mengejutkannya...untuk aku beli sebungkus dua. 

Sekadar kudrat malam Si Tua...ada income belian sedikit daripada aku. 
Soal hati aku...

"Kenapa pada umur Si Tua...masih perlu menjaja..kenapa tidak di bela..? "

Biarlah malam Si Tua di sejadah atau menonton Asto Al-Hijrah. 
Si Tua ini bukanlah Si Tua Tukya dari Novel Seorang Tua Di Kaki Gunung dengan sifat chauvinist dan degilnya. 
Maruah dan harga diri serta penentangan antara dua zaman. Si Tua dan Si Muda. 
Yang muda pasti akan tua juga bukan.

Aku tahu, Si Tua cuma trading..semua jualan adalah keluaran kilang daripada Klang dan Banting. Sebelum diagih-agihkan keseluruh kawasan. Dari sudut pemikiran kritis..subconscious mind aku...ini adalah tak wajar. Tapi dari sudut metafizik.....ini adalah hukum alam. Setiap perkara ada alasan yang perlu aku hormat. 

Traffic light sudah bertukar hijau.....brother misai yang mengawal lalulintas dengan wisel pengadil bola sepaknya..."Prittt...prittt...jalan-jalan"..apa terhegeh-hegeh...nak kena saman?

Basikal untuk ku dulu...Basikal untuk mu...hari ini

Hari ini aku berjanji kepada Si Kecil...aku ingin membeli sebuah basikal untuknya. 
Jika dulu aku masih ingat bila aku belajar mengayuh basikal arwah Kak Ruby. 
Jika dulu aku masih ingat bila aku merayu sebuah basikal daripada bapa ku 
Jika dulu aku masih ingat bila suatu malam 30 tahun lepas....bapa ku bawa pulang basikal chopper untuk ku. 

Dan malam ini....aku akan ulangi sejarah buat Si Kecil ku...
Wan Aidil, Abah harap kamu akan ingat saat ini......sebuah basikal pertama buat kamu. 
Dan kamu akan ulangi cerita sama kepada anak mu nanti. 
Mungkin masa tu Abah sudah tiada.... 
Tapi kamu jangan nakal....semalam Abah dah pesan. 
Kalau nakal...nanti Abah tambat kamu kat tiang lampu depan taman. 
Kalau dulu Abah nakal...Abah kena lilit rantai satu badan pada pokok jambu dengan atuk kamu. 
Kena sebat dengan hose getah..... 

Sekarang atuk kamu pulak manja-manja kan kamu...amboiii. 
Nak Ultraman dapat Ultraman...kalau Abah dulu..atuk kamu bagi lempang bila Abah minta. 
Bila Abah beduk kamu...Atuk kamu back up...jangan pukul anak sangat...acah-acah sahaja. 

Tapi dulu Atuk kamu..kejar Abah dari depan rumah sampai ke bendang. 
Tapi Abah memang sayang pada kamu....tapi Abah simpan di dalam hati.

Basikal Pertama Ku


Selaku anak sulung lelaki daripada keluarga aku dibesarkan dengan didikan tegas oleh bapak ku. Tiada yang lebih untuk ku. 
Tiada didikan manja....tiadalah mengada-gada dalam hidup zaman kanak-kanak ku.
Tiadalah aku nak dibelai-belai manja...didodoi-dodoi macam anak raja. 
Berperwatakan seorang typical dan conservative...dan dengan kehebatan mulutnya yang pot pet..pot pet. 
Nak mainan tentunya....jangan harap nak merasa.
Alasannya...kerana aku semasa kecil seorang budak yang "beghring" dan "poggoh".

Tak macam anak-anak ku, zamannya penuh dengan kemudahan...dengan kereta remote controlnya macam-macam jenis ada...
Ice skating di Sunway Pyramid di hujung minggu, nak ke Genting setiap cuti sekolah. 
Patung aksi Ultraman dari mak Ultraman..bapa Ultraman....datuk ultraman...semua ada. 

Aku pernah dapat kereta mainan yang jalan guna bateri hadiah perkahwinan kakak tiri ku.
Entah siapa yang beri...tak class lansung. 
Tapi yang aku ingat...kereta tu aku hempas dengan batu. 
Aku nak tahu...kenapa kereta tu boleh jalan tanpa pemandu....hehehe. 
Macam kisah radio buruk kakak ku. Jangan tunggu lama-lama..nanti lama-lama. 

Suatu masa dulu, dengan basikal jiran....aku belajar mengayuh. 
Dari terketar-ketar macam orang kena parkinson ..sampai dah boleh boleh drift corner. 
Aku cukup suka...cukup gembira. 
Bangun pagi....aku ke rumah jiran ku. "Kak Rubi....nak pinjam basikal.." jerit muka tak malu aku. 
(Dari yang aku tahu..mak aku beritahu Kak Rubi sudah meninggal dunia semasa lahirkan anak sulungnya..beberapa tahun lepas) 

Dengan basikal pinjam aku kayuh dah macam jaguh pecut basikal AzizulHasni. 
Aku bawa masuk kampung...dah macam Langkawi De Tour. 

"Meow"......terpekik kucing tu kena langgar dek aku..padan muka sapa suruh baring tengah jalan tak nampak ke orang tengah rempit. 

Dan yang pasti ke longkang besar ler aku dan basikal itu. Dah ler longkang tu dalam. 
Adeih sakit giler....satu badan sagat luka...tapi aku tak menangis. Jenis budak degil. 

"Mak....orang nak basikal"...pujuk aku kepada mak tiri aku.... 
Permohonan di tolak....kerana borang permohonan kerana tidak disertakan slip gaji terbaru.

Sedihnyaaa....... suatu malam...dalam hujan. Aku dipanggil ke depan rumah oleh bapa ku. 
Aku lihat sebuah basikal Chopper biru...ada di depan tangga rumah. 
Aku terharu...aku gembira. Aku dah ada basikal sendiri. Basikal Chopper. 


Ayah, aku tahu kamu bekerja keras untuk belikan aku sebuah basikal baru. Sebuah Chopper. 
Bukan Harley Davidson tau. Terima kasih ayah.......tapi ada cerita sambungan macam mana aku jahanamkan basikal itu...kisah 3 in 1.

Hehehe...bertuah punya anak.

Yang Celik Itu Buta....Yang Buta Itu Celik




Secara spontan, gadis berbaju pink itu terlanggar tempat meletak kaki di hadapan ku.. aku cuma anggap dia tergopoh-gapah sahaja.. Namun hatiku tergelincir seketika melihat keadaan gadis berbaju pink itu tatkala sehelai tuala kecil melurut jatuh dari tangan kurusnya lalu dia teraba-raba ke lantai… ya Allah! Dia Buta! Dia Buta ya Allah… mata aku yang celik ini rupa-rupanya salah menilai! Aku kah yang buta?! Hatiku kah yang buta?! Seawal tadi aku anggap dia normal kerana tidak “tertulis”, tidak “tergambar”, tidak terlihat, tidak “terjelas” di wajahnya dia seorang yang buta… aku terkedu dan biarkan sahaja dia teraba-raba bangku untuk dia duduk dan mengadap ku.. Dia semakin rapat dan jari-jarinya memegang kaki ku.. Dengan pantas dia memulakan “tugas” biasanya.. bagiku dia sudah terbiasa “begitu”.. hatiku rasa sayu.. Kenapa gadis comel itu buta ya Allah? Kenapa dia comel tak nampak dunia ini ya Allah? Kenapa dia.. jawapannya.. itulah RAHSIA ALLAH..

“Adik umur berapa?” Aku memulakan perbualan.. Akak teka lah.. dia menjawab.. “19” jawabku teragak-agak.. kerana sejak tadi aku sudah tersalah anggap.. “dah 20 kak”.. Salah lagi aku.. Dia mulai ramah..”akak datang sini melawat siapa?”.. sambil dia melurut-lurut urat-urat kakiku.. “Akak datang melawat kawan bersalin, belum keluar bilik pembedahan”.. balas ku..Dia senyum.. aku melihat dia dengan perasaan sayu.. kecil, manis, lembut wajahnya.. bulu matanya panjang dan lebat.. sepasang matanya menjadi topik perbualan hatiku.. mataku melihat saja sepasang matanya yang kelihatan hanya ke bawah… tak pernah ke atas atau ke kiri atau ke kanan.. hanya ke bawah.. Tetapi dia tidak pejam.. hanya kelihatan mata, tetapi mata itu tidak berkelip.. hanya ke bawah.. Aku asyik memerhatikan matanya sepanjang diurut..

Tiba-tiba kedengaran suaranya yang lembut.. “akak asal mana?”.. jawabku “akak sini la, dekat-dekat sini”.. “Oooo”…pantas dia menjawab.. “adik tinggal mana?” balas ku kembali.. “saya tinggal di kuarters dengan makcik saya, tapi kampung saya Perlis”..dia menjawab penuh.. “datang kerja dengan siapa?” sibuk pulak aku ni.. “makcik hantarkan”.. jawabnya tulus.. “diorang ni bagi gaji hari atau bulanan?” aku makin berani bertanya.. “ikut komisen, tgk customer macam mana”.. jawabnya tergantung..

Aku hanya diam dan fikiranku melayang-layang… bermakna gajinya tidak tetap, bergantung pada pelanggan yang datang mengurut.. itu saja menurut fahamanku.. setengah jam RM18, ada company yang menguruskan “mereka” ini, semestinya hasil itu untuk company dan sebahagiannya untuk mereka.. Atikah! Atikah! “Ya!” gadis di hadapanku ini menjawab.. Tiba-tiba suara dari belakangku wujud.. Mengomel-ngomel mereka di belakang ku bercakap-cakap.. rupa-rupanya namanya Atikah.. cantik dan comel sesuai dengan orangnya.. aku tersenyum.. Atikah tidak nampak aku senyum.. Atikah tidak tahu aku senyum.. Atikah leka dengan “aktivitinya”.. “Siap”!! .. suara Atikah mengejutkan aku dari lamunan.. Cepat-cepat aku bangun memakai sliparku.. Tak sampai hati rasanya hendak meninggalkan bilik itu kerana hanya Atikah keseorangan, kawan-kawannya yang lain sudah mulai keluar dari bilik itu.. Di luar, aku membayar harga urutan Atikah terhadap wanita yang mula-mula memberitahuku tentang masa urutan dan masa tamat perkhidmatan.. RM18..

Perlahan-lahan aku berjalan menyusur kaki lima hospital menuju ke wad bersalin.. Hatiku sayu, dan mula mendetik.. Dia.. Atikah.. tak nampak… tapi kerja mencari rezki halal.. Atikah tidak tahu yang manusia sempurna yang dapat melihat, ramai yang pemalas! Meminta-minta! Tidak ada hati dan akal untuk berusaha! Hanya mencari alasan! Alangkah baiknya jika mampu ditukarkan sepasang mata yang mampu melihat, yang dimiliki manusia normal tetapi tidak tahu menghargai, dan diberikan kepada Atikah.. Atikah.. Semoga Allah melimpahkan rezki bagimu di dunia ini.. Asalkan engkau tidak menyusahkan orang lain, itu sudah cukup baik.. Atikah.. Pertemuan denganmu hari ini memberi seribu makna dan pengalaman yang mengajar.. Supaya aku ini yang buta hati tahu menghargai kurniaan Ilahi..

Terima kasih Atikah.. Engkau Atikah umpama bidadari bermata jeli.. Allah memelihara mata mu daripada melihat dunia yang penuh maksiat dan kerosakan.. Jangan sesekali engkau merasa susah, kerana syurga Allah itu tinggi nilainya.. Jika kerana sepasang mata harga sebuah syurga Allah, maka redha lah.. semoga di syurga nanti engkau memperoleh sepasang mata yang cantik bersinar bercahaya.. Aminn…


Sila klik untuk baca entry asal kisah Atikah yang buta tapi celik...!!! Credit to Erapasca
http://www.erapasca.com/2013/01/si-dia-yang-melihat-dengan-hati.html

23 January 2013

Ya Ummi Ibu Tiri Ku

S3 aku dah berkecai diketuk Al Zahra ke dinding, terpaksa aku menggunakan handset lama yang
tersimpan baik, Sony Ericsson.
Satu ringtone yang sudah lama aku tidak dengar seolah mengejutkan aku dari tiduran lama.
Tiduran cukup lama seolah kisah Ashabul Kahfi yang seakan lupa yang lepas, lupa yang dulu.
Ringtone itu mengingatkan aku kepada satu video clip lama yang dinyanyikan Ahmed Bukhatir
dan juga mengingatkan aku kepada ibu tiri ku.

Mariam binti Che Mat itu nama ibu tiri ku. Kasih seorang ibu yang aku tidak mampu balas walaupun
seluruh kekayaan dunia ku hamparkan.
Walaupun dia cuma ibu tiri ku tetapi pada umur sekecil 4 bulan aku dijaga dan dibesarkan oleh 
ibu tiri ku. Aku ditantang bagai minyak penuh...aku diraja aku dijulang lebih daripada anaknya sendiri.
Ibu tiri aku bukan seperti kisah Lela Manja, tapi bagi ku ibu tiri ku adalah segalanya.

Ketika aku kecil, ibu tiri ku bercerita aku susah dijaga, jenis pe'el katanya.
Katanya bila hendak memasak dia terpaksa mendukungku bersama dan ada ketika aku kencing
dalam periuk nasinya.

Ketika aku di tadika Cina, aku dihantar dan ditunggu sehingga habis masa persekolahan ku.
Itulah tugas sehariannya untuk ku seorang anak tiri.

Senakal-nakal ku, sekeras-keras ku, aku hanya tunduk kepada seorang sahaja, bukan ibu kandung
ku tetapi ibu tiri ku. Aku hormat dan aku lemah bila berdepan dengannya.
Bila aku disebat ayah ku..aku dibeduk, dibalik belakangnya aku berselindung sebagai penyelamat.
Bila aku rantai...aku tambat pada pokok jambu dari pagi sampai malam...dialah yang membuka
kunci rantai untuk melepaskan aku.
Dan dia tidak pernah mengeluh penat mahupun mengeluh sesal untuk membesarkan aku.
Itulah pengorbanan seorang ibu.

Dan kini ibu tiri ku sudah uzur...sudah tua. Dia ada kencing manis...dia ada darah tinggi dan jantung.
Kesihatan sudah tidak beberapa baik. Cukup sukar untuk dia berjalan setelah dia mengalami stroke
separuh badan. Kaki dia lumpuh terpaksa mengheret bila nak bergerak. Cakapnya juga sudah kurang
jelas. Sebutan yang sukar untuk ku teka.

Dulu dia sihat, dulu dia boleh berjalan ke sana ke sini
Dulu dia boleh masakkan aku masakan kegemaran ku...daging masak kicap
Dulu dia boleh buatkan tapai beras untuk aku.
Dulu dia boleh bermain dengan cucu.

Tapi semua itu sudah tiada...hilang dimakan usia tua..punah dimakan sakit yang menimpa.
Mujur ibu kandungku mengambil tanggungjawab menjaganya pula, makan minum dan keperluannya.

Kakak tiri menelefon aku katanya kaki ibu tiri cedera luka yang sukar sembuh.
Kerana kencing manis...lukanya yang kecil semakin merebak.
Hati tua yang degil, berkeras tidak mahu ke hospital. Takut dan tak nak menyusahkan orang.

Dan kakak tiri ku tahu bahawa aku...hanya aku yang mampu melembutkan hati ibu tiri seperti mana
hanya dia yang boleh menundukkan aku dan melembutkan aku.

Aku bergegas pulang seorang memandu malam dari Shah Alam ke Kota Bharu.
Awal pagi ku tiba aku terus menjengak ke biliknya, tangannya ku kucup.
Aku lihat lukanya, aku cuci.
Aku memujuk dan berkeras untuk membawanya ke hospital.
Dan seperti ibu yang memahami hati Si Anak, pinta aku diturutkannya.

Di hospital, lukanya dicuci dan diberi rawatan. Syukur menurut doktor luka akan baik dengan rawatan
yang berterusan.

Luka dikaki sudah hilang tetapi aku tahu ibu tiri ku semakin uzur. Dia membilang hari yang bakal tiba.
Ibu tiri ku hanya menyendiri di biliknya di atas sejadah putihnya, hanya menunggu bila masa ku
pulang dan boleh dia melihat bumbung langit.
Bukan kakak tiri ku dan adik-adik ku tidak cuba mengubah angin dengan membawa dia keluar tetapi
cuma dia tidak ingin, katanya menyusahkan orang.
Katanya tunggu Amir balik.....nama timangan ku.

Salam......





Aku Hanya Memberi

ORE GEDEBE HANELE...HOK BEGHEING KHERAH KHEING...EMO (bahasa Kelate Pekat) 

Aku seorang budak yang lahir daripada asuhan tangan dua ibu. Ibu tiri ku...ibu kandung ku, itulah kedua ibu ku yang kedua-duanya ku panggil "Maa". 
Untuk membezakan panggilan...ibu tiri ku panggil Maa Besar..ibu kandung ku Maa Kecik. 
Entahlah, mungkin dari segi seniority atau kerana saiz badan. 
Selaku anak lelaki sulung dan tunggal dalam keluarga daripada 10 adik beradik termasuk kakak perempuan ku daripada ibu tiri ku, aku tidak dimanjakan tapi dididik dan dibentuk dengan cara berbeda. Tegas dan keras mungkin kerana aku cukup nakal. 
Kata bapak ku..itu yang terbaik untuk ku kerana katanya aku seorang budak yang "begheing".

Teringat kisah Bidan Asal, betapa susah ibu ku hendak melahirkan aku seolah ada yang menghalang. Katanya melanggar pantang ataupun hanya kebetulan. 
Kata orang Kelantan ambo ore gedebe (samseng)..hanele (keras dan kuat semangat).
Kata orang Kelantan ambo ore begheing (berani dan bengis) 
Kata orang Kelantan ambo ore kherah kheing (tahan lasak) 
Kata orang Kelantan ambo ore emo (mudah melatah..mudah marah) 

Tapi betul itulah sifat ku semasa kecil, mungkin kerana itu bapa ku membentuk ku cara 
yang cukup berbeda berbanding adik beradik aku yang lain. 
Di sekolah aku tidak boleh diusik, kalau 3 lawan 1 aku tak takut walaupun aku yang kena ketuk.
Di sekolah aku tidak boleh ditegur....aku dirasuk hantu Kak Limah kerusi meja terbalik ke atas 
Mujur ada Arwah Cikgu Mat Salleh yang jadi tukang beduk. 
Ada masa dengan anak Tok Guru Silat pun aku rembat..ada aku heran tapi yang pasti aku yang kena silat...aku yang kena lipat. Tok Guru Silat yang sama "pelepas" anak ku Wan Aidil. 

Aku ingat juga, ketika aku masih di sekolah rendah bila aku diusik Awie yang ketika itu sudah sekolah menengah. Aku kena flying kick ala-ala Ong Bak...aku rebah namun aku tetap bangkit. 
Lawan tetap lawan. 
Biar berdarah...biar bengkak terbenjol badan. Aku tidak akan undur. 

Tapi Si Budak gedebe sudah dewasa..sudah berubah.
Aku sekarang seorang yang fitrah seorang dewasa yang matang, punyai hati selembut taufu fa.
Aku sudah dijinakkan..itulah kejayaan ibubapa ku dan guru-guru ku.

Menyentuh sedikit kisah hidup aku yang berubah...jauh berubah umpama hitam bertukar putih.
Dulu di rumah ibubapa aku ada yang menumpang, seorang tua yang kurang siuman, saudara terdekat ibu tiri ku. 

Aku panggilnya Tok Chik...seorang tua berumur 60an. Aku selalu mengusiknya, aku tarik kain sarungnya sampai dia bogel, aku baling mercun kepadanya. Nasib baik tak kudung tangannya.
Aku tutup lampu pondok buruknya. Aku mengusik makanannya. 
Ada ketika aku dikejar keliling rumah dengan kayu oleh Tok Chik. Banyak kerja jahat aku lakukan kepadanya. Tapi itu ketika aku kecil...di sekolah rendah.

Tok Chik tak boleh bercakap, kerana dia kurang siuman anak perempuan tunggalnya halaunya dari rumah. Sebatang kara tidak berharta dan tiada secebis kasih yang memberi. Hanya pada keluarga
ku dia menumpang berteduh dan mengharap sedikit kasih sementara menanti ajal.

Kalau dahulu akulah Sarip Dol Kampung Dusun, tetapi bila aku di universiti, Tok Chik orang yang paling rapat dengan aku. Dia cukup suka bila aku pulang bercuti. 
Bila aku melihat iklan Petronas ini membuatkan aku teringat kepada arwah Tok Chik.


Arwah Tok Chik sebagai orang kurang siuman dirinya tentu tidak terjaga, dia tidak suka mandi, kukunya tidak terpotong, rambutnya pun dah macam kumpulan Metallica. 
Hanya bila aku pulang, aku potong rambutnya, aku akan mandikannya dengan sabun dan shampookan dan potongkan kukunya yang dah macam kuku helang. 

Biarlah dia kurang siuman...biarlah dia busuk tapi aku tahu tiada lebih mulia dari segalanya yang
Tuhan beri kepada Arwah Tok Chik.  Aku tidak malu dan tidak jijik dengan keadaannya. 
Kalau dulu akulah musuhnya...tapi tika itu akulah kawan rapatnya. 
Hinggalah saat akhirnya, Arwah Tok Chik menhembuskan nafas terakhirnya di depan aku. 
Aku menangis hiba....hanya aku Si Budak Gedebe yang menguruskan jenazahnya. 
Aku mandikan jenazahnya bersama bilal....hanya aku yang turun ke liang lahad memangku jenazah untuk kebumikannya. 

Aku jadi marah.....marah di mana menantunya...di mana cucunya...di mana saudaranya. 
Aku hanya budak gedebe yang tiada pertalian darah. 
Mungkin kerana dia kurang siuman dan tak berharta pula? 
Sesungguhnya anak perempuannya dalam kerugian...ayah gilanya sudah tiada. 
Aku teringat saat bila simpulan kapan dibuka bertemu pipi pada tanah....wajah arwah Tok Chik tenang bersih dan yang pasti tugasnya sudah selesai.

Teringat kata Sharifah Armani: 
"Dia menunaikan tanggungjawabnya dgn penuh ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan"


22 January 2013

Gadis Sepet

Gadis Bermata Sepet....kalaulah isteri ku 
Dulu hati ku selembut tauhu....sehingga bertukar sekeras besi tuang 
Kisah cinta ku tak banyak seperti kisah cinta drama Korea 
Kisah cinta ku tak seperit kisah Adam dan Hawa 
Aku cuma kenal cinta monyet dengan Mimi di tingkatan 2 
Aku cuma kenal cinta Mazila..kisah cinta Darul Ridzuan..cinta terhalang 
Aku cuma kenal cinta Yanti...gadis Thalassemia... Cinta Gadis Thalassemia bukan cinta seperti Show White ataupun Thumbelina Bukan cinta Happily Ever After..dia pergi setelah singgap sementara di hati aku. 
Kisah cinta yang banyak mencurahkan pengorbanan dan kenangan 
Kisah cinta yang masih tak hilang sehingga sekarang. 

Semalam aku singgah tempat di mana aku dan dia melihat alam. 
Ada air...ada hutan..ada monkey...ada burung....ada langit....cukup tenang 
Cuma semalam aku keseorangan... 

Kisah Gadis Thalassemia ibarat satu padlock yang mengunci hati aku 
Dan kuncinya sudah ku buang ke Rhine River, di Eiserner Steg Bridge. 
Aku tidak menerima sesiapa......ibarat Gua Harta Ali Baba dan 40 Penyamun 
Ada yang hadir..membaca jampi...."Niat Insong Mata Kaji semar Ngiseng" 
Tetapi tetap tidak terbuka...aku sudah ubah passwordnya. Aku sendiri pun dah lupa. 

Suatu hari...aku bertemu Gadis Mata Sepet...tinggalnya juga di Kelantan 
Aku fikir tiada salahnya berkawan...gadis biasa.. Tidaklah secantik Maya Karin ataupun Juliana Evans. Tapi dia juga anak sulung...anak kacukan Cina. Dia seorang guru rupanya.....ABCD...12345....pandai mengeja. 

Hubungan dari setahun sehingga ketiga. 
Aku tidak pernah menghantar borang permohonan untuk bercinta 
Aku tidak pernah mengucap I miss you...I love you dear.. 
Cuma tulisan tangan....surat kiriman bertanya khabar. 
Sehingga satu masa...aku berbual denganya melalui telefon awam. Dari segenggam coin tabungan..aku mendail... 

"Apa yang you nak dalam hidup you...?"...soal pendeknya pada aku. 

Soalan ringkas buat aku kelu...dan aku tiada jawapan. 
It's an open book question dear...but what is the answer...soal pada hati ku sendiri. 
Soalan terus tergantung....tiada jawapan lisan ataupun bertulis. Adakah aku sayang padanya...? Adakah aku cinta padanya...? Bagi ku sayang dan cinta dua perkara berbeda. 

Pada suatu hari...aku melawat Si Gadis Bermata Sepet di hospital...demam panas katanya. 
Atau demam rindu... Aku menghampiri katil tempat Si Gadis Bermata Sepet...ditempatkan. Kosong........!!!! Mana lah minah ni menyorok.....usik hati ku. 

"Dia ke surau.....sembahyang.." kata kakak pesakit sebelah. 

Aku menunggu di katilnya....lama menunggu dia masih tidak tiba. 
Aku melangkah ke surau...aku menghendap. Dari jauh aku terlihat Gadis Bermata Sepet...menadah tangan..memohon sesuatu dariNya. Aku mendengar tangisan sayunya... 

Apa yang dia pohon...dan apa yang dia minta...??? 

Aku memohon diri pulang selepas melawatnya 
Aku sebenarnya tidak terus pulang...aku termenung di kerusi wad kecemasan 
Aku bertanya semula soalan yang pernah ditanya oleh Gadis Bermata Sepet.. 

" Apa yang aku nak dalam hidup aku..? " 
Kenapa aku perlu mencari merak di hutan...atau mengejar bulan bertemu muka" 
" Aku mencari seperti Ramona Rahman..atau Taylor Swift? " 

Kenapa di kenang kisah sedih.....bukan ker aku dah tulis di pantai Maldives semua kenangan biar di telan lautan...cuma yang manis aku sudah pahat di lantai mamar Taj Mahal. 

Biarlah Jack tenggelam bersama Titanic....hidup Rose perlu diteruskan. 
Aku mencari jawapan....bukan dari Petapa Arjuna..bukan dari bomoh tilik Nujum Pak Belalang..... 
Aku sudah jatuh cinta...... Bukan cinta yang aku beli with price tag....but to built it together. 

Kata ku padanya..aku tak mampu belikan kamu sebuah kehidupan..tapi binalah bersama ku. 

Cinta Gadis Bermata Sepet aku terima dengan sebaris janji.... 

"Aku terima nikahnya......" 

Salam.....