Seingat dulu....beberapa tahun sudah...aku bercuti ke Cameron Highland.
Dari Cameron Highland..kereta ku menuruni perlahan ke Simpang Pulai.
Kali ini aku memilih laluan Simpang Pulai berbanding Tapah kerana aku fikir lebih selamat disebabkan hujan lebat. Laluan ke Simpang Pulai juga agak curam dan bengkang bengkok cuma jalannya besar.
Hujan semakin lebat, kereta ku perlahankan..permandangan semakin kabur.
Dalam hujan mencurah lebat...aku lihat beberapa kereta berhenti..Ya Allah ada kereta kemalangan...sebuah Benz telah melanggar bentuk pembahagi jalan.
Aku antara terawal...aku pantas turun melihat keadaan mungkin ada bantuan yang termampu dapat ku hulurkan.
Pemandu kereta seorang lelaki Melayu...tersepit dan parah.
Aku melihat penumpangnya....di kiri pemandu..ada seorang anak gadis.
Di belakang ada seorang kakak bersama anak kecil perempuannya umur lingkungan 9 tahun.
Masing-masing luka dan dalam keadaan terkejut dan dalam keadaan panik.
Aku membuka pintu belakang...membantu kakak tersebut keluar.
Manakala anak gadisnya dikeluarkan oleh pemuda lain.
"Anak..anak".... jeritnya.
Aku masuk ke bahagian penumpang...aku dapatkan anak kecilnya.
Aku melihat mukanya berlumur darah...mungkin terhentak.
Si Kecil seolah dalam kebingungan dan bertutur dengan suara yang tak jelas.
Menangis seperti mencari ibunya.
Aku memeluknya rapat...cuba menenangkannya.
Lukanya ku lap dengan baju ku.
Sekejap selepas itu Si Kecil berjaya ku tenangkan dan dia cuba berkomunikasi dengan ku.
Dan baru dapat ku tahu Si Kecil itu bisu.
"Anak Istimewa"......kata hati ku.
Aku masih memeluknya...dan keluarkannya daripada kereta.
Mujur ada pemuda lain yang menghulurkan payung kepada Si Kecil.
Aku dapat dengar Si Kakak menjerit...mana ibu..mana adik...mana abah.
Dalam hujan lebat..aku dan beberapa yang lain cuba mengeluarkan Si Bapa.
Ramai sudah mengigil kesejukan....dan kami masih gagal.
Bantuan ambulan akhirnya tiba......
Dengan kebasahan...aku mengundurkan diri dalam kesibukan pasukan bantuan.
Aku harap Si Kecil Bisu selamat bersama keluarganya.
Berhati-hatilah semua...sekarang dah musim hujan.
Malam tak berbau...kentut hangpa semua bau...hehehe.
No comments:
Post a Comment