23 January 2013

Ya Ummi Ibu Tiri Ku

S3 aku dah berkecai diketuk Al Zahra ke dinding, terpaksa aku menggunakan handset lama yang
tersimpan baik, Sony Ericsson.
Satu ringtone yang sudah lama aku tidak dengar seolah mengejutkan aku dari tiduran lama.
Tiduran cukup lama seolah kisah Ashabul Kahfi yang seakan lupa yang lepas, lupa yang dulu.
Ringtone itu mengingatkan aku kepada satu video clip lama yang dinyanyikan Ahmed Bukhatir
dan juga mengingatkan aku kepada ibu tiri ku.

Mariam binti Che Mat itu nama ibu tiri ku. Kasih seorang ibu yang aku tidak mampu balas walaupun
seluruh kekayaan dunia ku hamparkan.
Walaupun dia cuma ibu tiri ku tetapi pada umur sekecil 4 bulan aku dijaga dan dibesarkan oleh 
ibu tiri ku. Aku ditantang bagai minyak penuh...aku diraja aku dijulang lebih daripada anaknya sendiri.
Ibu tiri aku bukan seperti kisah Lela Manja, tapi bagi ku ibu tiri ku adalah segalanya.

Ketika aku kecil, ibu tiri ku bercerita aku susah dijaga, jenis pe'el katanya.
Katanya bila hendak memasak dia terpaksa mendukungku bersama dan ada ketika aku kencing
dalam periuk nasinya.

Ketika aku di tadika Cina, aku dihantar dan ditunggu sehingga habis masa persekolahan ku.
Itulah tugas sehariannya untuk ku seorang anak tiri.

Senakal-nakal ku, sekeras-keras ku, aku hanya tunduk kepada seorang sahaja, bukan ibu kandung
ku tetapi ibu tiri ku. Aku hormat dan aku lemah bila berdepan dengannya.
Bila aku disebat ayah ku..aku dibeduk, dibalik belakangnya aku berselindung sebagai penyelamat.
Bila aku rantai...aku tambat pada pokok jambu dari pagi sampai malam...dialah yang membuka
kunci rantai untuk melepaskan aku.
Dan dia tidak pernah mengeluh penat mahupun mengeluh sesal untuk membesarkan aku.
Itulah pengorbanan seorang ibu.

Dan kini ibu tiri ku sudah uzur...sudah tua. Dia ada kencing manis...dia ada darah tinggi dan jantung.
Kesihatan sudah tidak beberapa baik. Cukup sukar untuk dia berjalan setelah dia mengalami stroke
separuh badan. Kaki dia lumpuh terpaksa mengheret bila nak bergerak. Cakapnya juga sudah kurang
jelas. Sebutan yang sukar untuk ku teka.

Dulu dia sihat, dulu dia boleh berjalan ke sana ke sini
Dulu dia boleh masakkan aku masakan kegemaran ku...daging masak kicap
Dulu dia boleh buatkan tapai beras untuk aku.
Dulu dia boleh bermain dengan cucu.

Tapi semua itu sudah tiada...hilang dimakan usia tua..punah dimakan sakit yang menimpa.
Mujur ibu kandungku mengambil tanggungjawab menjaganya pula, makan minum dan keperluannya.

Kakak tiri menelefon aku katanya kaki ibu tiri cedera luka yang sukar sembuh.
Kerana kencing manis...lukanya yang kecil semakin merebak.
Hati tua yang degil, berkeras tidak mahu ke hospital. Takut dan tak nak menyusahkan orang.

Dan kakak tiri ku tahu bahawa aku...hanya aku yang mampu melembutkan hati ibu tiri seperti mana
hanya dia yang boleh menundukkan aku dan melembutkan aku.

Aku bergegas pulang seorang memandu malam dari Shah Alam ke Kota Bharu.
Awal pagi ku tiba aku terus menjengak ke biliknya, tangannya ku kucup.
Aku lihat lukanya, aku cuci.
Aku memujuk dan berkeras untuk membawanya ke hospital.
Dan seperti ibu yang memahami hati Si Anak, pinta aku diturutkannya.

Di hospital, lukanya dicuci dan diberi rawatan. Syukur menurut doktor luka akan baik dengan rawatan
yang berterusan.

Luka dikaki sudah hilang tetapi aku tahu ibu tiri ku semakin uzur. Dia membilang hari yang bakal tiba.
Ibu tiri ku hanya menyendiri di biliknya di atas sejadah putihnya, hanya menunggu bila masa ku
pulang dan boleh dia melihat bumbung langit.
Bukan kakak tiri ku dan adik-adik ku tidak cuba mengubah angin dengan membawa dia keluar tetapi
cuma dia tidak ingin, katanya menyusahkan orang.
Katanya tunggu Amir balik.....nama timangan ku.

Salam......





2 comments:

  1. INSTEAD MENDAPATKAN LOAN ,, AKU AKAN SESUATU BARU
    Dapatkan $ 12.500 USD setiap hari, selama enam bulan!

    Lihat cara kerjanya
    Tahukah Anda bahwa Anda bisa kembali ke mesin ATM dengan kartu ATM yang diretas ?? Buatlah pikiran Anda sebelum menerapkan, kesepakatan lurus.

    Pesan untuk kartu ATM kosong sekarang dan dapatkan jutaan dalam seminggu !: hubungi kami
    via email address: job.blankatmcard@gmail.com

    Berikut daftar harga kami untuk KARTU ATM:
    Perangkat lunak senilai $ 300 USD menciptakan batas kartu sebesar $ 12,500 USD
    Perangkat lunak senilai $ 750 USD menciptakan batas kartu sebesar $ 24,950 USD Perangkat lunak seharga $ 2.350 USD menciptakan batas kartu sebesar $ 49.000 USD Biaya perangkat lunak $ 3.000 USD menciptakan batas kartu sebesar $ 75.400 USD Perangkat lunak senilai $ 7.359 USD menciptakan batas kartu sebesar $ 99,500 USD

    Pesan sekarang: hubungi kami melalui email: job.blankatmcard@gmail.com

    ReplyDelete