Aku menunggu report daripada Pengurus Pengeluaran...
Dari pagi sekarang dah petang..adus...mana report ni.
Lusa dah nak bentang kat Phuket.
Takpalah kita tunggu sampai pukul 12mlm. Tengok dia janji bulan bintang ke..dia janji taik ayam.
Aku termenung menulis seorang...staff aku Si Ain masih sibuk siapkan kerja
Aku menulis kerana aku suka....ibarat aku bercakap di cermin.
Ibarat aku dapat tengok riak muka aku...aku dapat dengar suara aku sendiri.
Aku nak jadi seperti Tom Hank dalam filem Forrest Gump.
Yang melalui banyak kisah...melalui peristiwa penting. Dari seorang yang lemah...lembam
dia berjaya mengubah dunia.
Salah satu kata-kata dalam filem Forrest Gump
"Life's a box of chocolates. You never know what you're gonna get"
Aku menulis kisah aku ibarat sebuah jurnal.
Aku menulis kisah kenakalan ku....
Aku menulis kisah cinta ku.
Kisah cinta mana yang manis ku pahatkan di lantai marmar Taj Mahal biar kekal
Kisah cinta mana yang pahit..aku tuliskan di pantai Maldives..biar jauh pandangan...biar hilang disapu lautan
Aku menulis kisah dan pengalaman dalam aku membina kehidupan..dalam membina kekuatan.
Bukan berkepentingan..cuma aku senang...mungkin sekecil bijan tapi insyaAllah
boleh jadi rujukan.
Boleh jadi kitab hikayat 1001 malam...atau setidaknya sebagai "Yellow Pages" kepada rakan-rakan.
Dengan menulis...aku tak akan lupa di mana bumi aku berpijak
Tinggi ke...rendah ker....lubang kubur tetap sama...7 kaki juga dalamnya.
Seperti entry terdahulu..aku pernah berkata..
" You don't need to be Arthur Pendragon to pull out the sword from the stone..just yourself "
Ya...jadilah diri sendiri....tiada yang mustahil dalam kehidupan.
Apa yang penting...yakin dengan diri sendiri....percaya kepada rakan-rakan yang berjaya.
Usaha bukan melepaskan batuk di tangga..tetapi usaha biarlah di puncak dunia.
Aku bercita-cita nak peluk dunia bukan nak peluk Adibah Nor...tak kuasa...hehe nanti lebam biji mata.
Aku bercita-cita nak ke Everest...insyaAllah...nak ke Nepal bukan lama..4 jam flight sahaja.
Kawan aku baru balik dari Nepal...sejuk giler katanya.
Tapi aku tiada Touch of Midas..to turn thing to a gold...aku cuma manusia biasa. Tak mampu memberi apa yang diminta. Tapi elok juga....kerana touch of Midas lebih kepada kebinasaan bukan kebaikan.
Pernah baca buku Touch of Midas oleh Ziauddin Sardar.
Hmm.....terima kasih kepada rakan-rakan yang menyokong....tak juga yang kritis.
Edward de Bono...perkara yang ditekankan beliau dalam kaedah berfikir...kreatif dan kritis.
Bacalah.......jadi simpanan dalam conscious mind...suatu masa kata-kata ku muncul semula dalam unconscious mind kalian.
Salam.....
No comments:
Post a Comment