Baru habis meeting...hmm ambil kesempatan nak berkongsi cerita dan
kata-kata
Mungkin jarang kita menggunakan perkataan ini.
Yang merah itu traffic light…yang indah itu bahasa.
Chauvinist satu sikap yang kuat di kalangan orang Kelate
Satu sikap yang turut juga ada dalam diri aku...anak jati Kelate.
Satu sikap yang kuat pada kenegerian dan secara kritis dipanggil
"berpuak" pada pandangan luar.
Chauvinist orang Kelate kerana mereka bangga dan kerana mereka kuat bila
bersama.
Bangga dengan budu
Bangga dengan bahasa pekat loghat Kelate nya....
Bangga dengan budaya..dan adat resam yang dijaga
Bangga dengan rumpun and asal usul
Bangga dengan kejayaan walaupun sekecil bijan...suka berniaga
Bangga bila tengok bola macam nak pergi beraya…penuh stadium.
Bila bercakap…loghat jarang ditinggal biarpun saat berbahasa Mat
Salleh..oh my English
“Mai neim…isskk Wey…aim prom Bachok Kelate…”
Bila sahaja orang Kelate bertemu sesama mereka di luar Kelate pasti di
sapa.
Dan mudah untuk membantu sesama mereka…
“Demo asal mano boh..? Kerjo gapo ehh….? Bereh boh ambo buleh adjust ko
demo…..
Chauvinist mungkin dari satu sudut bersifat positif…but maybe dari sudut
pemikiran kritis..ia keterlaluan dan negatif.
Kebanyakkan ibubapa mengharapkan jodoh anak-anak mereka daripada orang
Kelate juga.
Seperti adik-adik ku..pasangan mereka semua daripada Kelate.
Itu pernah menjadi
masalah kepada aku dulu.
Sebelum ini permohonan kahwin aku
ditolak ibubapa aku kerana Si Dia asal daripada Perak…
Tapi akhirnya
dengan bantuan Yellow Pages mukasurat 418..aku dapat mengenali isteri
ku…seorang anak kacukan Melayu Cina asalnya Kelate.
Ya..Cina tetapi
asalnya Kelate…matanya sepet.
Chauvinist Kelate…akan ku pegang..akan ku jaga. Tetapi Chauvinist bukan
keterlaluan.
Aku cuma gembira dan bangga asal usul ku…tetapi dengan 20 tahun hidup
ku di negeri orang banyak membentuk diri aku…untuk mengebek di kandang
kambing…mengaum di kandang harimau..takut kena makan dek harimau tinggal
tulang.
Salam…sambungan kisah Misogynist.
No comments:
Post a Comment