23 January 2013

Aku Hanya Memberi

ORE GEDEBE HANELE...HOK BEGHEING KHERAH KHEING...EMO (bahasa Kelate Pekat) 

Aku seorang budak yang lahir daripada asuhan tangan dua ibu. Ibu tiri ku...ibu kandung ku, itulah kedua ibu ku yang kedua-duanya ku panggil "Maa". 
Untuk membezakan panggilan...ibu tiri ku panggil Maa Besar..ibu kandung ku Maa Kecik. 
Entahlah, mungkin dari segi seniority atau kerana saiz badan. 
Selaku anak lelaki sulung dan tunggal dalam keluarga daripada 10 adik beradik termasuk kakak perempuan ku daripada ibu tiri ku, aku tidak dimanjakan tapi dididik dan dibentuk dengan cara berbeda. Tegas dan keras mungkin kerana aku cukup nakal. 
Kata bapak ku..itu yang terbaik untuk ku kerana katanya aku seorang budak yang "begheing".

Teringat kisah Bidan Asal, betapa susah ibu ku hendak melahirkan aku seolah ada yang menghalang. Katanya melanggar pantang ataupun hanya kebetulan. 
Kata orang Kelantan ambo ore gedebe (samseng)..hanele (keras dan kuat semangat).
Kata orang Kelantan ambo ore begheing (berani dan bengis) 
Kata orang Kelantan ambo ore kherah kheing (tahan lasak) 
Kata orang Kelantan ambo ore emo (mudah melatah..mudah marah) 

Tapi betul itulah sifat ku semasa kecil, mungkin kerana itu bapa ku membentuk ku cara 
yang cukup berbeda berbanding adik beradik aku yang lain. 
Di sekolah aku tidak boleh diusik, kalau 3 lawan 1 aku tak takut walaupun aku yang kena ketuk.
Di sekolah aku tidak boleh ditegur....aku dirasuk hantu Kak Limah kerusi meja terbalik ke atas 
Mujur ada Arwah Cikgu Mat Salleh yang jadi tukang beduk. 
Ada masa dengan anak Tok Guru Silat pun aku rembat..ada aku heran tapi yang pasti aku yang kena silat...aku yang kena lipat. Tok Guru Silat yang sama "pelepas" anak ku Wan Aidil. 

Aku ingat juga, ketika aku masih di sekolah rendah bila aku diusik Awie yang ketika itu sudah sekolah menengah. Aku kena flying kick ala-ala Ong Bak...aku rebah namun aku tetap bangkit. 
Lawan tetap lawan. 
Biar berdarah...biar bengkak terbenjol badan. Aku tidak akan undur. 

Tapi Si Budak gedebe sudah dewasa..sudah berubah.
Aku sekarang seorang yang fitrah seorang dewasa yang matang, punyai hati selembut taufu fa.
Aku sudah dijinakkan..itulah kejayaan ibubapa ku dan guru-guru ku.

Menyentuh sedikit kisah hidup aku yang berubah...jauh berubah umpama hitam bertukar putih.
Dulu di rumah ibubapa aku ada yang menumpang, seorang tua yang kurang siuman, saudara terdekat ibu tiri ku. 

Aku panggilnya Tok Chik...seorang tua berumur 60an. Aku selalu mengusiknya, aku tarik kain sarungnya sampai dia bogel, aku baling mercun kepadanya. Nasib baik tak kudung tangannya.
Aku tutup lampu pondok buruknya. Aku mengusik makanannya. 
Ada ketika aku dikejar keliling rumah dengan kayu oleh Tok Chik. Banyak kerja jahat aku lakukan kepadanya. Tapi itu ketika aku kecil...di sekolah rendah.

Tok Chik tak boleh bercakap, kerana dia kurang siuman anak perempuan tunggalnya halaunya dari rumah. Sebatang kara tidak berharta dan tiada secebis kasih yang memberi. Hanya pada keluarga
ku dia menumpang berteduh dan mengharap sedikit kasih sementara menanti ajal.

Kalau dahulu akulah Sarip Dol Kampung Dusun, tetapi bila aku di universiti, Tok Chik orang yang paling rapat dengan aku. Dia cukup suka bila aku pulang bercuti. 
Bila aku melihat iklan Petronas ini membuatkan aku teringat kepada arwah Tok Chik.


Arwah Tok Chik sebagai orang kurang siuman dirinya tentu tidak terjaga, dia tidak suka mandi, kukunya tidak terpotong, rambutnya pun dah macam kumpulan Metallica. 
Hanya bila aku pulang, aku potong rambutnya, aku akan mandikannya dengan sabun dan shampookan dan potongkan kukunya yang dah macam kuku helang. 

Biarlah dia kurang siuman...biarlah dia busuk tapi aku tahu tiada lebih mulia dari segalanya yang
Tuhan beri kepada Arwah Tok Chik.  Aku tidak malu dan tidak jijik dengan keadaannya. 
Kalau dulu akulah musuhnya...tapi tika itu akulah kawan rapatnya. 
Hinggalah saat akhirnya, Arwah Tok Chik menhembuskan nafas terakhirnya di depan aku. 
Aku menangis hiba....hanya aku Si Budak Gedebe yang menguruskan jenazahnya. 
Aku mandikan jenazahnya bersama bilal....hanya aku yang turun ke liang lahad memangku jenazah untuk kebumikannya. 

Aku jadi marah.....marah di mana menantunya...di mana cucunya...di mana saudaranya. 
Aku hanya budak gedebe yang tiada pertalian darah. 
Mungkin kerana dia kurang siuman dan tak berharta pula? 
Sesungguhnya anak perempuannya dalam kerugian...ayah gilanya sudah tiada. 
Aku teringat saat bila simpulan kapan dibuka bertemu pipi pada tanah....wajah arwah Tok Chik tenang bersih dan yang pasti tugasnya sudah selesai.

Teringat kata Sharifah Armani: 
"Dia menunaikan tanggungjawabnya dgn penuh ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan"


No comments:

Post a Comment