11 January 2013

Satu Pengorbanan


"Encik saya sanggup kerja apa sahaja..walaupun sebagai operator"...rayu seorang gadis muda. 

Aku kagum dengan semangatnya....aku membelek satu persatu sijil yang dibawa 
Keputusan SPM hampir semuanya A. Cemerlang...sangat cemerlang..detik hati ku. 

"Tapi kenapa tidak kamu teruskan pengajian ke universiti,....kamu layak" aku menebar serkap yang berlubang bukannya jarang. 

"Encik...saya orang miskin...kakak saya masih di universiti..adik-adik saya juga perlu bersekolah"..jelasnya. 

"Biarlah saya berkorban dulu..dan sekiranya ada rezeki dan peluang saya akan sambung.." rintih Si Gadis Muda. 

Gadis muda bernama Sabariah aku ambil bekerja sebagai kerani pengeluaran...bukan operator. 
Aku harap yang kecil boleh jadi besar 
Aku harap yang lapar boleh mengisi banyak perut lain agar kenyang 
Aku harap yang 8A SPM nya nanti memegang segulung ijazah 
Aku harap pengorbanan tidak sia-sia menjadi angan-angan 

"Encik..terima kasih kerana memberi peluang...!!! "...ucapnya. 

Sabariah sudah berhenti berkerja dengan ku dan mula berkhidmat di Universiti Pendidikan Sultan Idris dan menyambung pelajaran sambil bekerja dibawah tajaan UPSI. 
Tapi suaminya masih bekerja dengan aku..hmmm jodohnya bersama rakan sekerja. 

Sekarang anak dah dua. Saat memohon perletakkan jawatan setelah bertahun berkhidmat...aku melepaskan Sabariah pergi. Aku relakan...aku doakan...

Kata ku kepadanya..."pergilah itulah peluang yang tidak selalu datang". 

Satu janji dan pengorbanan sudah datang menyeru....maka sahutlah Sabariah. 
Agar adik kamu tidak perlu melalui apa yang kamu lalui...cukuplah di atas pengorbanan kamu. 

Kata suaminya....Sabariah hampir tamat pengajian. 

Syukur....dengan secebis peluang dahulu...membuka satu hamparan lebar peluang yang baru. 
Bukan satu tetapi....peluang kepada yang dulu kecil dan lapar menjadi sebaik yang ada. 

Itulah Saba...panggilan kepada Sabariah. Seorang gadis kecil berhati kental. 
Meletakkan sesuatu yang lain lebih daripada impian sendiri. Kekadang kita perlu ingat bahawa betapa tegar dan harus untuk kita meletakkan sesuatu ditempat yang baik dan sepatutnya biar tuntas segala yang tersurat dan tersirat.




Salam....

No comments:

Post a Comment