03 January 2013
Express Rakyat - Part 2
Pada tahun 1996, aku pada tahun pertama di UTM, Skudai iaitu 14 tahun kemudian.
Aku tunaikan janji ku menaiki Express Timuran kali kedua dalam hidup ku, daripada Johor Bahru ke Wakaf Bharu.
Balik cuti semester menaiki keretapi cukup mencabar kerana tiket sudah habis dan aku naiki tanpa tiket. Tanpa tiket bermakna tiada tempat duduk...aku duduk di tangga koc sambil mengulangi sejarah.."Express Rakyat" ku.
Aku pasangkan walkman dengan lagu Datuk M.Nasir ini.
Aku cukup gembira walaupun penat berdiri antara koc, kekadang tertidur bersandar...dan sejuk sudah pasti. Keretapi berhenti di Gemas untuk menukar koc antara ke Utara dan ke Timur.
Pasti sesiapa yang biasa menaiki keretapi pada tahun tersebut kenal akan pekikan ini...
"Nasik Lemak...Teh panas....!!!! Nasik Lemak....Teh panas" pekik makcik penjual bersama anak daranya di stesen Gemas.
Ramai yg turun menikmati jualan makcik itu...sambil menjeling anaknya.
Perjalanan sudah melepasi malam...matahari sudah telanjang..
Siang pula jadi laluan.. Keretapi melalui Gua Musang....Kuala Krai...Pasir Mas dan Wakaf Bharu.
Dan yang pasti setiap bait lagu Express Rakyat menceritakan kebenaran dan suasana yang tepat....tapi kisah kena tampar pasal buat peel' tidak ada dalam lagu tersebut...hehehehe
"Berbagai-bagai yang boleh kita lihat
Desa yang permai dengan sawah ladang
Gunung-ganang kuning hijau dedaunan
Ada dara manis sedang menjemur kain
Anak kecil di atas kerbau melambai-lambai..."
Express Rakyat sudah berubah..keretapi sudah semakin baik...tetapi suasana masih sama.
Lagu kumpulan Kembara masih evergreen...dengan Express Rakyatnya..cuma aku sahaja yang semakin tua di telan perjalanan menuju ke satu destinasi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
saya masih lagi tidak berkesempatan utk merasai pengalaman menaiki keretapi...hari2 hanya naik train LRT Star & Putra...perasaannye mesti berbeza...
ReplyDelete