03 January 2013

Siapakah yang benar?

"Siapakah yang benar? Jebatkah benar, atau akukah benar?" - Hang Tuah


Itu kata Tuah....perasaan berkecamuk bertikam keris lut 7 di dalam kata..
Bersilat langkah gayung di pentas gelanggang jiwa. 

Aku menuju ke Low Yatt bermula langkah dari Times Square. 
Di bawah jejantas aku melihat susut tubuh bertudung duduk bersila 
Diriba dipangku si tubuh kecil...bayi sekecil usia. 
Dapat aku meneka Si Ibu tentu letih menadah simpati daripada yang ada 
Dapat aku meneka Si Kecil bayi...tentu lapar dan dahaga.

Aku tak perlukan dadu Ibrahim pendek..untuk meneka.
 "Mari kita tengok siapa yang kena....!!!! " 

Dari tengahari...tubuh Si Kecil bayi dijaja ibu mengharapkan kurnia 
Sekarang dah petang...detik menuju malam. 
Mungkin 10 sen....mungkin seringgit....mungkin....ada not hijau dan merah. 
Aku sayu....dan hiba 
Kenapa dunia seperti ini ada.... 
Aku jauh sudah merantau, pernah aku lihat yang lebih perit dan sengsara 
Tidak pula ku fikir...di negeri sendiri...ada di kaki ku sekarang merintih meminta 
Bukan Si Kudung ataupun Si Buta 
Tapi Si Ibu dengan bayi kecil yang tak mengerti apa-apa 

"Ahh.....jangan percaya".....semua itu dusta......orang Cambodia mana entah 
Entah-entah baby tu dia pinjam..buat simpati meminta sedekah..."...kata kawan ku. 

Aku tahu hakikat itu....itu berlaku di India..bayi Si Miskin dipinjam atau disewa 
Dibiarkan bayi kelaparan....sakit demam dimamah matahari..moga orang lebih simpati 
Sungguh kejam....sungguh zalim. 

Tapi sekarang di langkah kaki ku...ada yang meminta kasihankan mereka. 
Kasihan baby itu jika dia diguna-guna kerana sedikit ringgit 
Kasihan baby itu jika itu memang kisah benar yang sekarang di depan mata 
Ibu mana yang tidak sayang pada anaknya.. 

Aku hulurkan sedikit not ringgit yang bercampur nilai. 
Aku tidak menoleh kebelakang..langkah aku segerakan 
Bukan aku sombong...tapi aku tak sanggup melihat kecurangan dan kepincangan masyarakat

Siapakah yang benar...? Masyarakatkah yang benar atau...Akukah yang benar...? 
Siapa yang benar sudah tidak ku pentingkan 
Tuan Magistrate masih bercuti tahun baru..dengan bini baru 
Tiada yang nak mengadili 
Yang penting nawaitu aku memberi keranaNya 
Moga Si Ibu dan Si Bayi.....dilimpahi rahmatNya. 

Aku tidak mahu aku menyesal seperti aku di Frankfurt pada beberapa bulan lepas. 
Daripada Bonn, utara Germany aku gesa pulang ke Frankfurt untuk menuju ke Waghäusel, 
di selatan Germany. 
Aku disapa seorang ibu bertudung mungkin berketurunan Turki ataupun Bosnia bersama Si Kecil kanak-kanak perempuan. 
Si Ibu mengharapkan sedikit Euro....aku menolak dengan baik kerana aku dalam tergesa-gesa, ada train yang perlu aku naiki segera. 

Setelah beberapa langkah selepas aku menolak..aku memandang ke belakang..
Aku lihat Si Ibu memujuk Si Kecil yang memandang satu gerai roti. 
Ya Allah.....kejamnya aku. 
Si Kecil cuma mahu sebuku roti...mungkin lapar dalam kesejukan kota Frankfurt. Tapi Si Ibu mungkin tidak mampu memenuhi.
Kaki ku seolah memberontak dan menolak untuk aku meneruskan ke station Frankfurt Am Main Hauptbahnhof. 
Kaki ku memujuk aku, mengundur ke belakang mencari Si Ibu dan Si Kecil 
Tapi aku hampa....dalam kesesakan ruang bandar Frankfurt....keduanya sudah hilang. 
Yer...aku terlepas train to Waghäusel. Tapi aku tak rugi apa-apa, tiket yang sama boleh diguna untuk train lain....satu jam nanti. 

Tapi aku rugi....rugi sepotong roti buat Si Ibu dan Si Kecil. 
Dengan sebesar 2 Euro, roti kecil pasti dapat mengenyangkan Si Kecil.

Satu penyesalan..........maafkan aku.

No comments:

Post a Comment