Kalau orang Kelantan yang tua-tua tentu tahu makna "BIDAN ASAL"
Sebelum ada hospital kerajaan dan missy comey-comey, orang perempuan
akan bersalin di rumah dengan bantuan BIDAN.
Bidan dengan ilmu sakit puan dan perkara melibatkan perempuan nak
bersalin ke hapa yang dipelajari secara "keturunan" dari nenek kepada
ibu..dan turun ke anak.
Kebolehan Bidan Asal ini pada peringkat awal mengandung, dengan
menyentuh perut perempuan tersebut, dia boleh agak tarikh bersalin dan
keadaan bayi kandungan.
Dan pasti apa yang di tengok.."TEPAT". Adakah kebetulan atau itu kelebihan yang diberiNya.
Kebolehan Bidan Asal juga boleh membetulkan bayi yang sonsang dan uri di
bawah dengan cuma menggunakan sentuhan dan urutan lembut. Juga jenis perempuan yang sukar nak bersalin...dengan ilmu yang Tuhan
bagi...insyaAllah memudahkan.
Percaya atau tidak....terserah kepada kalian. Tapi aku tahu dan
mengalaminya.
Arwah nenek saudara ku salah seorang BIDAN ASAL di kampung.
Menurut ibu ku semasa ibu ku nak melahirkan aku...arwah nenek saudara ku
yang menjadi bidan untuk menyambut ku. Menurut ibu ku lagi, nenek saudara ku
walaupun sebagai BIDAN ASAL sukar untuk memudahkan ibu ku
bersalin...dari pagi sampai ke maghrib.
Kata arwah nenek saudara ku kepada ibu ku, ada "Pantang" yang bapa ku
dan ibu ku tak ikut untuk menyambut kelahiran ku.
Memang dalam keluarga ku ada pantang yang kami kena ikut..ada makanan
tertentu yang kami tak boleh makan dan adat dalam majlis tertentu.
Keseluruhan bilik di tempat ibu ku bersalin, bapa kurentangkan dengan
"kain kuning" sehingga ke ceiling untuk menyambut kelahiran ku.
Dan
lahirlah seorang Wan..pada tahun 1977.
Arwah nenek saudara ku sudah meninggal.
Ilmu BIDAN ASAL sekarang
diwarisi oleh ibu saudara ku seorang missy bahagian wad bersalin di
Kelantan.
Aku tak cuba mempercayai pantang larang keluarga ku kerana tak semua
orang akan melalui ujian itu. Takan aku nak gantung dan lilit kain
kuning kat hospial KPJ masa isteri aku nak bersalin kot.
Anak sulung ku lahir tanpa masalah tetapi anak lelaki ku ke-2 mengalami
satu kejadian pelik...hmmm. Langgar pantang lagi ker. Adussss. Nak kain
kuning lagi ker? Cadar putih hospital tak boleh ker?
Yang pasti anak lelaki ke2 ku seperti dalam gangguan. Menangis tak
berhenti lebih dari sebulan.
Aku dah habis ketuk pintu kat rumah, kat balai polis...kot-kot nak jadi
kaya macam cerita Ahmad Albab.
Sehingga isteri ku menjadi hilang sabar...
"Aku tak nak anak ini.."
Dan yang jelas semasa mengandungkan anak ke-2, garangnya lain macam.
Kerana salah beli roti, marahnya macam aku dah kawin dua dengan anak muda umur 18 tahun.
Dari berjumpa doktor pakar, berjumpa pawang, jumpa nenek kat kaki gunung
ledang di Sagil..jumpa ustaz...jumpa Wak Jawa. Dari Melaka aku segera terbangkan anak ku pulang ke Kota Bahru.
Ku ikhtiarkan pula di Kelantan.
Masuk ke 10...anak ku
"Diperlepas" oleh seorang guru persilatan di kampung ku.
Katanya
semangat anak lelaki ku kuat. Yang pasti...guru silat tu demam lepas tu.
Satu upacara ringkas memulangkan anak diadakan...kerana isteri aku dah terlepas
cakap taknak anak kami sebelum ini.
bersambung....
sama macam kisah ayah saya :)
ReplyDeleteassalam,,boleh tak bagi nombor contact bidan masa berpantang..kebanyakan bidan mengurut dengan kaki..susah nak cari bidan asal yang macam dulu2 yang betul2 tahu mengurut dan bertungku..saya area pasir puteh kelantan..ingat nak beroantan di kelantan..sekarang tinggal di KL..sesiapa yang tahu boleh email kan saya ye ayulissa85@yahoo.com
ReplyDeleteSaka semua ni..
ReplyDeleteyang mana satu Saka..? Bidan Asal tu ker? Or Wan tadi?
Deletesalam tuan. cmne sy nk contact tuan? ada benda perlukan pandangan. t.kasih
ReplyDeleteaduhh sama😭 sy bersalin anak no2 lupa nk letak kain kuning, bawak tapi lupa nk kluarkan dari beg sbb kalut2 dh kan.. pstu ank no2 sy tu sama mcm masalah ank tuan, dia mengamok menangis pe’el smpai tknk bukak mata dari newborn smpailah umor 3tahun bru ok.. pegi brubat, rata2 ustz kata ada benda nk kt dia, benda tu tggu sy ckp “tknk budak ni..” klau sy ucap tu, sama ada ank sy ‘ghaib diculik benda’ atau kusss smangat seumur hidup.. semangat nya diambil pergi.. kira mcm tu la.. sy mmg rsa nk ucap sbb tak tahan dia asyk mnangis mgamok dari bby.. tp sy tahan mulut n hati sy sbb ingat pesanan ustz tu.. berkat sabar kami laki bini Alhamdulillah msuk 3tahun ank sy pulih stelah merata kami brubat😓
ReplyDelete