22 January 2013

Deja Vu !!!

Kata Managing Director ku.... 
"If you spent most of your precious time with someone in special moment..trust me..both of you will remember it for the next thousand years.. when the time comes..it is just like "Deja Vu".

Bapa ku seorang Melayu yang typical and conservative. 
Aku nak minta mainan..dia tunjuk tapak tangan. Dia tak pernah bawa aku shopping di supermarket...kalau dulu di Kelantan ada Pantai Timur dan ada Hankyu Jaya. 

Baju raya aku dan adik-adik cuma belian samada dari Wakaf Bahru, Rantau Panjang ataupun Pengkalan Kubur. Semua keperluan kami adalah barangan "IMPORT"...import dari siam. 
Beras siam...mangga siam...baju siam... 

Suatu hari yang tidak ku sangka masa ku kecil...bapa ku membawa ku supermarket 
Pantai Timur untuk membelikan baju raya ku. 
Aku masih ingat baju yang dibelinya....baju "KIKI LALA". 
Aku sangat gembira dan bangga dengan KIK LALA ku. 
Dulu dengan Kiki Lala aku sudah gembira....tapi anak perempuan kecil aku dah pandai minta 
nak pakai Pumpkin Patch dan Barbie attire & accessories. 

Itulah kali pertama dan terakhir bapa aku membawa aku ke supermarket. 

Hari Raya Puasa lepas, aku pulang beraya di kampung. Aku disambut bapa ku di tangga rumah. Tangannya ku sambut dan ku kucup. 

"Comey selipar mu..." katanya merujuk kepada sandal kulit yang ku beli cuma RM70. 

Selepas aku meletakkan barang-barang ku di bilik...aku berjumpa bapa ku.
"Ayoh...ikut ore di KB semetar...nok beli lauk wat buko poso.." ajak ku. 

Tanpa rehat selepas drive dari Shah Alam, aku membawa aku dan ibu aku ke KB. 
Aku tidak membawanya ke Pasar Khadijah seperti yang aku cakap. Tetapi aku bawanya ke Parkson dan bawa bapa ku ke bahagian jualan kasut. 

"Ayoh pilih lah...hok mano nok.." pelawa ku. 

Bapa ku memilih...dan dia berminat pada satu sandal kulit.

"Mahal nyor..RM250..." rungut bapa ku.
"Ambik lah ayoh wei...takpo..ada discount tu"..bohong ku 

Sandal itu aku beli untuk beliau...dan aku dapat rasakan serta nampak kegembiraan di wajahnya. Wajah tua berumur 72 tahun. 

Saat itu....aku tersentak...."DEJA VU..!!! " Kenangan puluhan tahun lepas berulang....saat pertama kali aku bersama bapa ku di supermarket...dan ini ulangan kedua. 
Air mata aku menitis. Katanya dia suka sandal itu tetapi jarang pakai untuk ke surau atau masjid. Sayang katanya...nanti rosak. 

Itulah kehidupan.....

It's always about the journey not the destination. Experience and appreciate the moment with the someone....become the most our precious and sweet memories to remember

No comments:

Post a Comment