Kakak ku Wan Kamsiah....anak lelaki nya tiada gelaran Wan dan segala pantang larang dah tak perlu diikuti lagi. Umurnya 12 tahun, anak saudara lelaki ku berkhatan.
Semasa di klinik semua proses berjalan lancar.
Bila sampai di rumah satu kejadian pelik, luka khatan anak lelakinya
berdarah...sehingga menitik.
Bapanya terpaksa membawanya ke klinik
semula...tetapi bila di klinik pendarahan berhenti dengan sendiri.
Jahitan kemas dan baik. Kami sekeluarga menjadi pelik.
Balik daripada klinik, seperti merajuk....luka khatan anak saudara ku
berdarah semula.
Anak saudara ku menjadi semakin lemah...mukanya sudah
menjadi pucat kerana kehilangan darah dan kakak ku menangis kerana
buntu.
Jam sudah menunjukkan 12 mlm. Bapa ku mengarahkan aku mendapatkan bantuan seorang
ustaz jiran ku.
Alhamdulillah..dengan bantuan ustaz tersebut pendarahan dapat
dihentikan.
Katanya sementara.
Bapa ku...fikir kami sudah melanggar pantang lagi tetapi sepatutnya pantang
itu tidak pada anak saudara ku. Tapi kami perlu mengikut dan ingat
pesan orang-orang tua kami.
Keesokkan paginya...bapa ku membawa anak saudara ku berjumpa satu
perempuan tua di hujung kampung.
" Itulah degil...tak ikut pantang larang...tak ikut pesan orang tua.."
tengkingnya pada bapa ku walaupun kami tak sempat bercerita panjang apa-apa pun.
Anak saudara ku disiapkan persalinan serba kuning...dijunjung usung di
kampung dan upacara menembak langit menggunakan senapang diselesaikan.
Macam-macam pantang larang...tapi yang aku tahu "Pantang Maut Sebelum
Ajal ".
END
No comments:
Post a Comment