22 January 2013

Zawyati My Precious



  

Dalam diri aku tersimpan suatu yang so call "my precious"
Bukan sebentuk The Ring of Power daripada Lord of the Rings
Tetapi cuma sebentuk hati kecil yang aku simpan selamat untuk mu
Hanya untuk kamu.....

Hati kecil ini selembut tauhu
Hati kecil ini penuh kasih sayang
Hati kecil ini penuh dengan pengorbanan
Tetapi....
Hati ini kekadang malu sendiri
Hati ini tidak patah bercakap menyatakan rasa yang terpendam

Zawyati ku....
Aku mulakan cinta dan kasih ku bersama mu dengan seringkas baris
"Aku tak mampu membeli kehidupan untuk mu..tapi binalah kehidupan bersama aku"

Dulu aku kecil dan kerdil
Bersama mu, kasih sayang dan kehidupan kita bina
Dari bersila di lantai..kita berdiri tinggi memandang langit..menunggu terbenam di ufuk

Pengorbanan mu tak mampu ku timbang tara
Adakah pengukur yang membaca berapa agar boleh ku kira dan ku ganti
Setiap yang ku terima dari mu...aku hargai
Air tangan mu....buat ku dari saiz 30 menjadi saiz 34
Tak akan sekali aku lupa setiap darah mu menitis dan perit  yang kau tanggung
saat lahirkan zuriat ku..

Ada Wan Adam
Ada Wan Aidil
Ada Wan Ainul Mardhiah
Ada Wan Ainur Al Zahra
Tak lupa kita ada Wan Rabiatul Adawiyah..yang pergi menunggu kita di sana.

My precious berkata dia rasa sayang..rasa kasih...rasa setia
My precious berkata aku cinta kamu
My precious berkata biarlah hanya kamu satu
My precious berkata dia sanggup berkorban apa sahaja

Aku pernah menghadiahkan lagu ini buat kamu...
Kerana itu sahaja yang aku mampu untuk mengurai rasa hati yang tersimpan
Kerana aku tiada bahasa yang boleh menterjemahkan maksud
Moga Zawyati....kamu faham..!!!







No comments:

Post a Comment