09 January 2013

Hukum Newton Ketiga

Dr Wan Feng Hong ingin menyambung kuliah setelah sibuk berulang alik dari Shah Alam ke Melaka selama dua hari berturut-turut dan sebelum esok menghabiskan masa di cawangan Perak bolehlah Dr menjelaskan hukum Newton ke-3. Bab hukum ke-2 dibincangkan pada akhir semester.

Hukum gerakan Newton ketiga menyatakan: 

" Untuk setiap daya tindakan, terdapat satu daya tindak balas yang mempunyai 
  magnitud sama dan bertindak pada arah yang bertentangan.

Hah tudia...setiap tindakan mesti ada tindakbalas daripada arah yang bertentangan.

Pak Long Newton dah pesan lama dah. Apa-apa yang kita nak buat mesti ada tentangan samada
secara lansung dari dalam diri ataupun halangan luar yang melintang dan menentang.

Kata kitab lama, hidup kita ada Qarin. Di kanan yang baik dan di kiri yang sebalik.
Bila kita ingin membuat satu perubahan samada pada diri sendiri mahupun pada orang lain 
pasti ada yang kritis menentang. Oh itu tidak boleh...oh ini tidak sesuai.

Secara fizik bila kita ingin menolak sesuatu, ia tidak mudah bergerak mengikut kehendak arah kita. Ia dipanggil daya rintangan ataupun daya geseran. Kita perlukan sedikit daya lebihan untuk melawan. Sekiranya yang melawan ialah F2 =10 Newton dan daya usaha kita perlulah F1=11 Newton.

Kena faham hakikat pasti ada yang menentang..pasti ada yang tidak senang.
Itu fitrah kejadian. 
Itu fitrah khilaf selaku kejadian.

Usaha kita perlu lebih dari bersungguh-sungguh untuk mengatasi setiap halangan dan ujian.
Rintangan pasti ada untuk menahan kita tetapi tekad dan nawaitu kita yang tunjang berakar pasti
boleh membawa kita jauh melancar.
Setiap ujian dan kesulitan adalah sesuatu yang baik hakikatnya kerana dengan itu barulah kita 
boleh menerima dan memberi sebaiknya dengan cara kita tersendiri.

Aku memetik kata seorang yang tua yang aku kenal...tapi bukan Tukya Si Keras Kepala daripada Novel Seorang Tua di Kaki Gunung tetapi seorang tua yang berilmu dari Batu Pahat. 

Katanya kepada ku..

"Angin memberi rintangan kepada helang untuk terbang...tetapi kerana anginlah helang boleh menujah langit sebebas sayapnya..tanpa angin helang pasti jatuh ke bawah.."

Oh tak ku sangka Orang Tua Batu Pahat itu juga pandai ilmu fizik dan ilmu Aerodynamic.
Rintangan angin menyebabkan tekanan di atas sayap rendah berbanding tekanan di bawah mewujudkan adaya tujahan ke atas.

Wah..wah..aku suka....kesimpulan pembelajaran hari ini menjelaskan bahawa setiap rintangan dan
ujian bukanlah sesuatu yang buruk tetapi ia adalah sesuatu yang baik dan membina.
Cuma kita perlu sedikit kesedaran untuk menerima rintangan dan memberi anjakan paradigma
dalam membawa pada sesuatu perubahan.

Hehe.....Dr nak dating student lawa...tengok kot-kot rintangan bini no.1 kurang bolehlah membuat
anjakan paradigma untuk berbini muda.

Salam.............





 

No comments:

Post a Comment