03 January 2013

Express Rakyat - Part 1



Mengimbau kenangan lama...kenangan Express Rakyat.
Bila mengimbas lagu lama dendangan M Nasir daripada Kembara aku teringat kenangan indah bersama ayah dan ibu tiri menaiki Express Timuran ke Batu Pahat.

Tahun 1982 lagu ini berkumandang di radio RTM, saat aku baru berumur 5 tahun.
Ayah ku membawa aku dan ibu tiri ke Batu Pahat melawat saudara ku dan dari sana bertolak ke Singapura.

Perjalanan dari Tumpat ke Batu Pahat masih kuat dalam ingatan.
Aku gembira..aku teruja.
Sesekali kepala menjengah di luar tingkap keretapi yang laju meneroka hutan di landasan.
Terasa angin kering menjamah muka..terkempis hidung ditempa angin berat.
Dalam girang aku menyanyi lagu Express Rakyat...pada ku..akulah M Nasir. 
Suara budak 5 tahun menyanyi dengan lintang pukang...sesekali menjerit ..Express Rakyat walaupun sebenarnya aku menaiki Express Timuran.

Ayah ku berjanji untuk belikan aku mainan keretapi seperti yang aku pinta sejak berkurun lama, cemburu dengan sepupu ku yang menunjukkan mainan keretapinya kepada ku di kampung. 
Kedekut pulak tu..tak kasi main sama.

Perjalanan panjang yang ditempuh akhirnya berakhir di Batu Pahat.
Keesokan harinya aku di bawa ke Singapura melihat keindahan buana concrete jungle.
Janji ditepati..bukan janji dicapati.
Bapa ku membawa ku ke satu pusat membeli belah...mainan dibeli. 
Aku dari awal sudah gelisah rasa..ada yang tidak kena
Mulut terkunci bagai dirasuk hantu puaka
Atau aku sebenarnya takut untuk bersuara kepada ayah ku..
Nak kena Ong Bak agaknya...huh tak kuasa. Pelempang DiRaja..bukan murtabat raja.

"Ore toksir kereto api ni...." terpekik aku sesudah sampai di Batu Pahat semula.

Meraung raung macam orang terlebih ganja. 
Rasa gelisah terpendam meletup jua.
Sifat ganas berkeliaran tak kira bahana. 
Terpekik terlolong di rumah saudara ku saat malam sudah menjengah masa.

Ayah ku membeli keretapi kayuh...seperti basikal. Keretapi yang aku boleh tunggang dan kayuh di landasan plastik yang bercantum.
Bukan yang aku sebenar inginkan. Aku inginkan keretapi mainan bateri kecil yang comel...
bertatih di landasan.

"Pang...." karipap telur di pipi gebu ku.

Adeihh pedih...sakit..
Raungan  semakin kuat...tapi berseli tangis sakit di pipi kena lempang.

Hah....aku megeluh panjang teringat kenangan lama.

Hari Isnin baru-baru ini, Managing Director ku bertanya..ke mana aku bercuti sempena cuti panjang lepas.

Kata ku...aku ke Penang. Aku bawa anak-anak ke Bukit Bendera dan menaiki Feri.

"Good....bring them to remember"....katanya.

Sejarah sekali lagi berulang...Deja Vu.


No comments:

Post a Comment