22 January 2013

Cikgu Mat Salleh dan Si Budak Nakal

Menanti jam 12.30 untuk makan nasik minyak kat kedai makcik gemuk sebelum solat Jumaat. 
Ingin berkongsi kisah budak yang nakal dan gurunya. 
Dalam entries terdahulu aku ada mencoretkan kisah aku semasa di sekolah rendah...
Akulah hulubalangnya..dan akulah jembalangnya. 
Akulah budak disleksia..yang tidak boleh membaca dan mengenal huruf. 
Aku juga budak yang amuk di sekolah dan aku juga yang lari dari sekolah. 
Aku anak didik Arwah Cikgu Hassan Toray masa di darjah satu. 
Aku anak didik Cikgu Rohaidah masa di darjah dua dan tiga. 

Kenakalan aku dikawal seorang guru sekampung yang bernama Cikgu Mat bin Salleh. 
Kalau aku bergaduh...tapak tangannya pasti hinggap di belakang ku. Membeduk umpama rebana ubi. Kalau aku buat perangai...rotan kat kaki dan tangan ku. 
Yerlah bapa aku dah bagi "AP" approval permit kepada Cikgu Mat untuk kerjakan aku kalau aku buat perangai setan. 

Satu tabiat aku samada bila balik bercuti ke kampung atau telefon orang tua di kampung aku akan bertanya pada ibu ku... "Ada orang kampung meninggal ker...ada yang sakit ker..?" 

Pertengahan tahun ini, aku seperti biasa bertanya khabar keadaan ibu tiri ku, ibu kandung ku dan bapa ku...dan juga orang kampung ku. 
" Cikgu Mat sakit..kena barah kulit di hidungnya...." jelas ibu ku.
" Dah operation...teruk...dah peringkat empat..." sambungnya lagi. 

Kebetulan aku ada kelapangan...aku mengambil keputusan pulang ke kampung menjengah orang tua dan juga Cikgu Mat. Kereta aku berhenti di depan rumah Cikgu Mat...ku memberi salam dan dijawab oleh isteri Cikgu Mat. 
Aku di bawa ke bahagian ruangan dapur di mana Cikgu Mat ditempatkan. 
Cikgu Mat bersandar di tepi katilnya. Hati aku remuk melihat keadaannya.....aku jadi sayu. 
Hidung dan sebahagian kulit mukanya sudah dibuang. Menyebabkan berongga kosong dah terbuka. Di mulutnya diIetakkan seutas tiub untuk dia mudah unutuk minum air. Maka sukar untuk dia bercakap lebih-lebih lagi rongga hidungnya yang terbuka dipotong menyebabkan sebutannya tidak jelas. 

Itulah guru displin ku dulu..yang juga pernah mengajar ku Bahasa Malaysia. 
Cikgu Mat memberi isyarat kepada isterinya...menunjukkan dia perlukan sekeping kertas dan pen. Cikgu Mat menulis sesuatu dan memberi kepada ku...untuk ku baca. 

"Amir......kamu buat cikgu bangga...dulu kamu nakal...sekarang kamu sudah berjaya....tahniah". 

Dulu aku disleksia aku tak pandai membaca...tapi hari itu di depannya aku dapat membaca satu tulisan ringkas...tapi penuh dengan makna. Aku jadi sunggul....aku jadi gundah..aku jadi sayu..aku jadi hiba. 

Aku mohon diri pulang daripada Cikgu Mat dan isterinya...sebelum itu aku hulurkan sedikit sumbangan buat Cikgu Mat yang tak perlu aku nyatakan nilainya. Tapi yang pasti tak cukup untuk aku membayar jasa dan sumbangannya dalam memdidik aku sebelum ini. 
Aku diiring ke laman oleh isteri Cikgu Mat. Sebelum aku beredar..isterinya berkata kepada ku.... 

"Cikgu selalu bercerita yang beliau amat bangga dengan kamu...." 

Selang sebulan aku menziarahinya..aku dapat panggilan telefon dari ibu aku. 
"Cikgu Mat takdok doh....meninggal pagi tadi..." kata ibu ku. 

Cikgu jasa mu tetap ku kenang.......walaupun berapa nilai ku bayar tidak setanding jasa mu. Moga-moga roh mu diletakkan di kalangan orang yang beriman. 

(Susah aku nak habiskan entry kali ini...terpaksa berhenti berkali-kali kerana air mata menitis...membasahkan laptop ku...

Salam....

No comments:

Post a Comment