09 January 2013

Aku Hormat !

                                                                                    

Hidup seolah kita menjala di lautan luas
Kita bermain teka teki dengan rezeki
Agaknya dapatkah aku anak selar...oh mungkin ada tenggiri..mungkin anak pari
Atau jala kosong yang tersingkap...buih laut pun tak melekat.

"Kami sedihlah hari ini kerana kita gagal dapatkan kontrak itu..." keluh staff ku.

Aku memandang dan tersenyum.
Kata ku kepada mereka..."Kenapa perlu kita bersedih dan berduka dengan kegagalan..."

"Apa yang kita terlepas..bukanlah bermaksud kita tidak baik..atau tidak sempurna tetapi
mungkin ia bukanlah yang terbaik untuk kita..hanya Dialah yang lebih mengetahui.

"Dan.....kita seharusnya bersyukur kerana semalam kita sudah diberi yang baik dariNya
malah...yang pasti ada yang lebih baik di masa hadapan untuk kita memilih dan membuka
ruang serta peluang yang berganda"

"Cubalah lagi,..Tak kuat Tuah kalau tidak kerana memanjat Ledang berguru Adiputra" ...pujuk ku

Pernah aku menulis satu jampi sirih hikmat..sirih Diraja Jawa berlauk gambir dan pinang muda.

"Setiap perkara yang berlaku tentulah ada alasan tersendiri yang harus kita hormat"

Itulah menongkat hati....itulah juga yang menjadi sauh hidup. 
Bila kita hormat setiap yang berlaku....kita akan belajar menerima.
Maka mudah kita untuk memberi.
Ibarat sebuah kunci kira-kira malah mematuhi hukum Newton Ketiga

Memberi senyuman dari caci cemuhan
Memberi ketawa dari sebuah kesedihan
Memberi segenggam peso dari secucuk satay ikan
Memberi sekeping not dari keperitan Si Kecil Tua

Pengajaran dari Pak Tua Ayahanda, Arwah Cikgu Mat Salleh dan Cikgu Rohaidah 
membantu seorang budak disleksia pandai bermain akaun untung rugi dan fizik Newton.
Dan hari ini dia tahu bahawa y = x+2 adalah satu persamaan linear...satu persamaan mestilah seimbang.

Salam hormat.










No comments:

Post a Comment