02 January 2013

Kasih sayang Abah



" You've always been there for me. You've never given up on me..." kata-kata Merida daripada animasi BRAVE.

"Abah always been there for you..Kakak !!. Abah juga never given up on you"

Aku memeluk Si Sepet Jr erat....dahinya ku kucup. Rambut panjangnya aku usap perlahan.
Aku cuba menenangkan Si Sepet Jr dari tangisannya...dan perasaan takutnya.
Tangisannya reda perlahan...diganti sedu yang suram.

"Abah ada kat sini..Kakak...sudahlah jangan menangis lagi...." pujuk ku.

Tadi, selepas isteri ku ke tempat kerja...aku pula di pankir untuk menghidupkan kereta.
Aku tidak sedar Si Sepet Jr sudah terbangun daripada tidur....
Aku hanya sedar sesudah aku masuk ke ruang tamu...
Aku terdengar tangisan kuat daripada bilik atas

Aku berkejar ke katil kecil Si Sepet Jr....katil putih kecil dengan ukiran lamb comel
Si Sepet Jr melompat ke arah aku....ibarat heronya sudah datang
Biarlah Abah jadi Bruce Wayne the Batman...atau Tony Spark the Iron Man...atau Ben 10.
Kalau jadi Ben 10 lagi senang...apa yang Kakak nak Abah turn to be..just press the button.

Kakak menangis sampai tersedu sedu..sampai air mata membasahi muka.
Mungkin dia fikir dia sudah ditinggalkan
Mungkin dia fikir dia tiada yang sayang
Mungkin dia sudah penat menangis....tapi Abah dan Umi tiada datang ke katilnya

Dalam hati ku..aku mengarang kata-kata
Dalam hati ku..aku membancuh rasa

Janganlah Kakak menangis takut...Abah sentiasa di sisi...
Bagi Abah...Kakak lah Puteri Lindungan Bulan
Bagi Abah...Kakak lah Fatimah Al Zahra
Kasih sayang Abah tiada tara gantang timbangan

Kalau kekasih ambilkan kapak belahlah dada kerana cinta
Bagi Abah...kalau semua deria dan anggota Abah gantian kepada Kakak
Ambillah kapak....belahlah tang sini...tang sana..tapi tolong bius dulu yea...
Abah takut jarum...hehehe...

Abah tak takut jadi buta kerana Kakak
Abah tak takut jadi cacat kerana Kakak
Abah tak takut jadi reput tua kerana Kakak


Kerana..Abah tahu Kakak boleh jadi doktor peribadi Abah
Itu hari Abah cakap pada Kakak Abah demam
Kakak cucuk lengan Abah dengan syringe mainan kakak
Kakak letak Stethoscope mainan pada dada Abah
"Doktor Wan Ainul.....saya sakit apa yer..?"

Abah mungkin tak mampu belikan Kakak Audi A4
Abah mungkin tak mampu belikan Kakak Bangalow mewah RM5 juta di Glenmarie
Abah mungkin tak mampu bawakan Kakak bercuti di Maldives ataupun kota France
Tapi Abah akan sedaya tenaga dan upaya untuk berikan yang "terbaik" sebagai ganti

Kerana Abah sayang pada kamu.......................



1 comment:

  1. seorang bapa jarang meluahkan rasa syg nye pada anak2...tp itu lah yg dirasa...rasa yg tidak terluah kan...

    ReplyDelete