03 January 2013

Hukum Newton Pertama


Kita hidup berasimilasi sains dan metafizik secara sedar mahupun tidak sedar dan hari ini aku ingin menjadi pensyarah Fizik mengajar Three Newton's Law.
  
Panggil saya Dr Wan Feng Hong..huh perasan. Dulu di UTM pemalas tak ingat.
Apa-apa pun aku ingin berkongsi apa yang aku praktikkan dalam kehidupan aku.
Ini yang di ajar Pak Long aku....Pak Long Newton.

Hukum Newton Pertama mengatakan:

             "Sesuatu objek akan kekal dalam keadaan asalnya, iaitu dalam keadaan statik (pegun)  
              atau dalam keadaan halaju seragam jika tiada daya luar bertindak ke atas objek itu 

Itu kata Pak Long Newton dan itulah hakikat kehidupan kita, kita susah untuk berubah atau bertindak selagi kita tidak diberi arahan, dorongan atau panduan yang memberi kita upaya untuk memulakan sesuatu tindakan.

Dulu kata orang Pak Long Newton asalnya keturunan Melayu, orang Kelompang Ulu Bernam.
Sebelum Hukum Newton Pertama di "derive".....Pak Long Newton pernah berkata:

               "Bagai Pahat Dengan Penukul"

Tahun 2013, gunakanlah Hukum Newton Pertama. Daya Luar bertindak tidak semestinya orang yang datang menegur atau orang yang memberi arahan. 
Hati kita, tekad kita dan nawaitu kita akan jadi daya pertama dan daya yang paling besar ialah daripadaNya. 

Dalam keluarga pula, aku sebagai ketua keluarga yang menjadi daya luar untuk membentuk anak-anak ku..aku jadi jadi tukang beduk..aku jadi penguatkuasa dan aku jadi Ustaz Azhar Idrus.

Berubahlah kita untuk tahun 2013..jadilah yang terbaik.

Ok pelajar semua...Doktor nak ke Melaka...nak layan Ikan Bakar Anjung Batu. 
Hukum Newton Kedua doktor ajarkan pula. Mana attendance..?? Ayaikkk ada 5 orang sahaja ker?
Ponteng ker..?

No comments:

Post a Comment