03 January 2013

Bina kehidupan...!!!


Selepas aku mengharungi pelbagai ujian dalam hidup...jati diri aku semakin utuh. 
Bagi ku ujian dan kesulitan hiduplah yang membentuk diri ku sekarang dari segi kehidupan, cinta dan kerjaya. I took all those hardest time, all tests as a positive things in my life. 

Bermula kisah seorang budak disleksia, seorang yang terhalang dalam memilih cinta dan kisah kerjaya yang ku tulis dalam diari hidup ku bersama syarikat Jepun. 

Bila kisah cinta Tun Teja dan Tuah versi aku terkandas di jalanan ke Kuala Kangsar dan kisah cinta Shah Jahan ku pada Gadis Thallasemia yang menjadi sejarah silam yang terpahat pada lantai mamar Taj Mahal, akhirnya aku berjumpa isteri ku sekarang. 
Seorang gadis yang biasa....tapi berjaya menawan hati ku dengan beberapa kisah yang akan aku ceritakan di lain waktu. 
Permulaan kisah cintaku dengan isteri ku dengan satu ungkapan. 

Kata ku padanya... 
"Aku tak mampu belikan kamu sebuah kehidupan...tapi binalah bersama ku" 

Masih aku ingat, aku mengayuh basikal buruk bersamanya yang duduk di belakang....dia tergelak dan malu-malu. Aku hantarkan ke rumah sewanya...hehe...so sweet. 
Dan sekarang pembinaan kehidupan aku bersamanya masih berjalan. 

Hari ini pagi-pagi aku buat "Asa Ichi" satu ungkapan Jepun bermaksud briefing pagi kepada staff-staff ku. Aku mulakan dengan kata-kata semangat kepada mereka. 

"You all semua boleh buat kerja, semua cekap tapi masih banyak yang perlu kamu tempuhi dalam kehidupan kerjaya kamu.... Ambillah peluang...sahutlah cabaran...dan setiap tugasan adalah ibarat satu kitab rujukan buat kamu untuk enhance your career."..bebel mak nenek aku.

"Kamu semua....binalah kerjaya kamu...kalau sekarang executive moga jadilah kamu seorang pengurus di masa hadapan. Setiap tugasan yang saya beri walaupun pada mata kamu sukar tetap itulah cabaran yang saya beri kepada kamu kerana saya yakin kamu boleh buat" 

"You doesn't need to become Arthur Pendragon to pulled the sword from the stone....just yourself " ..aku akhiri kata-kata ku pagi itu. 

Dulu pertama kali aku berkerja di syarikat Jepun, banyak tugasan yang perlu aku uruskan. 
Sebagai pioneer dengan nombor pekerja "005" aku terima semua tugasan itu sebagai cabaran dan peluang walaupun sukar, sampai kena tidur di office. 

Satu hari...semasa bersantai bersama bos jepun ku dan rakan sekerja ku, rakan ku bersuara dalam bahasa Jepun kepada bos ku. 

" Van san ney...kotoba zenbu wa wakaru...abunai ney Kacho..." guraunya kepada Nara san. (Mr.Van ni kalau dah tahu banyak perkara..dah banyak pengalaman bahaya tau Mr. Nara) 

" Nande abunai ooo?" soalnya (kenapa bahaya?) 

Aku dengan pantas dalam bahasa melayu memintas perbualan itu... 

Yer..setelah berhempas pulas selama 6 tahun di syarikat Jepun walaupun dengan jawatan yang baik, aku ditawarkan bekerja oleh syarikat sekarang dengan jawatan dan gaji yang jauh lebih baik. 

Syukur kepadaNya. Sekarang aku bina kerjaya ku bersama En.Fitri seorang multi millionaire yang cukup humble dan low profile. Bukan Tan Sri...dan bukan juga Datuk. 
Seorang bos..yang ajak aku treadmill petang-petang pasal dia cakap aku dah gemuk dan suka ajak aku makan mee goreng mamak. Dia tak pandai main golf...tiada pun pemandu.

Minggu lepas, di depan rakan-rakan sekerja yang lain, nama ku disebut-sebut. 
Ucapan terima kasih kepada aku bertalu-talu kerana membantunya membina syarikat dia 
Dan terbaru membantu menyiapkan syarikat baru untuk anaknya. 

InsyaAllah...aku akan bina kerjaya ku bersamanya dan membina syarikatnya agar lebih maju dan berjaya di masa hadapan. 

Salam......

1 comment:

  1. Lingkaran cahaya.
    Kami adalah Perusahaan Pemberi Pinjaman, kami menawarkan pinjaman ke seluruh dunia untuk mengeposkan situs Detail Perusahaan kami untuk mereka yang mendapat pinjaman dari Perusahaan Kami.
    KAMI MENAWARKAN pinjaman @ 2% suku bunga untuk PURPOSES bisnis dan pribadi.APPLY sekarang dengan:
    Nama:
    Jumlah yang dibutuhkan:
    Lamanya:
    Negara:
    obyektif:
    Nomor ponsel:
    kirimkan surat kepada kami di: christloanfunds@gmail.com

    ReplyDelete